Iklan

Umno belum bincang dakwaan Anwar dapat majoriti, kata Annuar

Noel AchariamElill Easwaran4 years ago1st Oct 2020Berita
Annuar musa tmikamal 01
Setiausaha Agung Umno Annuar Musa berkata sudah memanggil ahli Parlimen parti yang didakwa terlibat dengan Anwar Ibrahim dan mereka menafikannya. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 1 Oktober, 2020.
Iklan

ANNUAR Musa hari ini menolak cakap-cakap yang beberapa ahli Parlimen Umno akan bergabung dengan pemimpin pembangkang, Anwar Ibrahim yang baru-baru ini mengaku mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan.

Anggota majlis tertinggi Umno itu berkata setakat ini dakwaan Anwar tidak dibincangkan di peringkat parti.

“Dakwaan dibuat oleh Anwar tidak pernah dibincangkan dalam Umno. Saya pernah bertanya kepada rakan-rakan kerana saya mendapat senarai beberapa orang yang dikatakan menyertai Anwar, tetapi bila saya memanggil mereka, mereka semua menafikannya,” kata Annuar yang juga setiausaha agung Barisan Nasional.

“Jadi, saya masih tertanya-tanya dengan dakwaan itu. Saya juga sudah bercakap dengan presiden parti (Ahmad Zahid Hamidi).

“Mungkin, kenyataannya (Zahid) sebelumnya adalah pada peringkat individu tetapi pastinya bukan peringkat parti supaya parti tiada sebab untuk membincangkan perkara ini,” katanya semasa sidang media di Kementerian Wilayah Persekutuan.

Zahid sebelum ini berkata beliau berkata dia tidak akan menghalang mana-mana ahli Parlimen BN atau Umno sekiranya mereka mahu bergabung dengan Anwar.

Berikutan kenyataan Zahid, dilaporkan Umno, PAS dan Bersatu akan bertemu minggu ini untuk membincangkan dakwaan Anwar. – 1 Oktober, 2020.

Berita penuh di sini

Iklan
Iklan