Iklan

Datuk Bandar KL akan 'turun' jumpa penduduk Taman Desa, kata DAP

Melati A. Jalil7 years ago14th Dec 2017Berita
Taman desa project tmikamal 01
Sekeping bunting digantung sebagai bantahan dan luahan kekecewaan penduduk Taman Desa, Kuala Lumpur terhadap projek pembinaan mewah yang menimbulkan pelbagai maslaah kepada penduduk, antaranya pencemaran bunyi, selain masalah trafik. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 14 Disember, 2017.
Iklan

DATUK Bandar Kuala Lumpur dijangka akan turun berjumpa Persatuan Penduduk Taman Desa dalam masa terdekat untuk berbincang mengenai masalah pembangunan di situ.

Ahli Parlimen DAP Seputeh Teresa Kok berkata, beliau telah menaikkan isu ini ketika perbincangan secara tertutup dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur Mohd Amin Nordin Abdul Aziz hari ini.

“Saya dah bangkit isu ini. Persatuan Penduduk Taman Desa telah menulis surat kepada datuk bandar. Mereka mahu beliau beri penjelasan pasal pembangunan di Taman Desa dan kerja pembaikan apa yang akan dibuat untuk penduduk.

“Surat tu dah dikirim berbulan dulu tapi tak ada respon. Sekarang datuk bandar kata beliau sudah minta pegawai beliau aturkan perjumpaan.

“Ia akan dibuat dalam bulan ini atau tahun depan bulan Januari,” katanya menjawab mengenai rungutan penduduk Taman Desa mengenai penjualan tanah awam kepada pemaju persendirian.

Tambah Kok, puncanya berasal daripada salah faham dan komunikasi disebabkan berlaku perubahan dalam pengurusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Penduduk Taman Desa telah memfailkan semakan kehakiman terhadap Mhd Amin untuk menghentikan pembinaan kondominium yang dikenali sebagai The Address itu. Projek itu dikatakan tiga atau empat kali ganda tinggi daripada bangunan sekitar.

Pada Ogos tahun lalu, DBKL mengisukan notis menyatakan pihak mereka mnerima permohonan untuk membenarkan pembinaan The Address.

Pada 12 Oktober, DBKL meluluskan permohonan pemaju itu untuk menjalankan kerja pembinaan bermula jam 7 pagi hingga 7 malam, Isnin hingga Ahad. Justeru pemaju telah memulakan operasi pada 14 November.

Projek itu terdiri daripada 649 unit dalam tiga blok bangunan setinggi 34 hingga 42 tingkat. Ini akan meningkatkan ketumpatan penduduk dari 60 orang per ekar kepada 650 orang per ekar.

Sejak itu, Protect Taman Desa Coalition yang meliputi pelbagai persatuan penduduk Taman Desa telah diwujudkan untuk membantah 12 lagi pembangunan berketumpatan tinggi di situ, selain menaikkan isu ini dengan kerap.

Dalam pada itu, saman difailkan Protect Taman Desa Coalition terhadap Mohd Amin berhubung pembinaan The Address itu telah ditunda kepada 29 Januari dan 10 Februari 2018 berikutan campur tangan yang difailkan pihak pemaju. Pada asalnya, pendengaran itu dijadualkan pada 29 November.

Pada 6 Disember, wakil penduduk Taman Desa Edmund Teoh telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berikutan penjualan harga tanah yang terlampau rendah daripada harga pasaran. – 14 Disember, 2017.

Iklan
Iklan