Iklan

Perniagaan di Kedah terjejas teruk angkara gelombang baharu Covid-19

Bernard Saw4 years ago12th Oct 2020Berita
Mco closed shop 130420 tmiseth 04
Premis perniagaan lengang susulan penguatkuasaan PKP sebagai usaha mengekang penularan wabak Covid-19.– Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 13 April, 2020.
Iklan

GELOMBANG baharu Covid-19 di Kedah menjejaskan perniagaan di negeri itu walaupun kes jangkitan dikesan dalam kawasan penjara di Alor Setar.

Situasi itu membimbangkan peniaga yang kemungkinan negeri itu akan dikenakan perintah kawalan pergerakan (PKP) lebih ketat.

Usahawan memberitahu The Malaysian Insight bahawa tindakan sedemikan akan menjejaskan lebih teruk perniagaan mereka walaupun dengan hanya mengenakan PKPD.

Keadaan ini akan memberi impak buruk terhadap ekonomi negeri yang sudah terjejas sejak tiga bulan lalu ekoran kewujudan kluster Sivagangga, kluster Sungai dan kini kluster Tembok.

Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Kedah Tang Eng Kiang berkata kluster penjara berada dalam kawalan dan tiada keperluan untuk melaksanakan sebarang perintah kawalan pergerakan di seluruh negeri.

“Walaupun negeri lain seperti Sabah dan Selangor menyekat kawasan tertentu, situasi masih terkawal.

“Tidak perlu laksanakan perintah penutupan kerana semua kes positif dari penjara.”

Walaupun Kota Setar selesai menjalani PKPD selama 14 hari pada 25 September lalu, harapan peniaga untuk kembali bangkit semakin pudar dengan peningkatan kes kluster penjara.

Keadaan di Kedah pada masa ini menyebabkan peniaga bimbang negeri itu mungkin akan dikenakan PKP lebih ketat. – Gambar fail The Malaysian Insight, 12 Oktober, 2020.

Tang berkata pelabur tempatan dan asing bimbang dengan kes Covid-19 yang mencecah tiga digit di negara ini yang akan mencerminkan prestasi pengguna keluar berbelanja.

“Kebanyakan penduduk duduk di rumah dan mereka yang di luar tidak datang ke bandar. Jadi perniagaan kurang baik dan kita kurang yakin.

“Selepas 25 September, perniagaan secara umumnya menunjukkan kemajuan tetapi disebabkan peningkatan kes kluster penjara, orang ramai hilang keyakinan dan bimbang untuk berbelanja.

“Kerajaan juga memperketatkan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP).

“Atas faktor keselamatan, orang ramai tidak berani keluar dan berbelanja. Mereka lebih berjimat. Ini menyebabkan tekanan ekonomi terhadap perniagaan.”

Tang berkata beliau bertemu Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Mohd Noor pada 6 Oktober untuk berbincang mengenai situasi perniagaan di negeri itu dan dimaklumkan bahawa kerajaan negeri akan melaksanakan projek yang relevan bagi membantu mempromosikan dan mengaktifkan pasaran.

Bagaimanapun Tang berkata situasi pandemik sudah berubah sebelum keputusan dapat dilihat. – 12 Oktober, 2020.

Berita penuh di sini.
 

Iklan
Iklan