Iklan

Pakar ramal lonjakan kes Covid-19 jejas pemulihan ekonomi

Bernard Saw4 years ago18th Oct 2020Berita
Complex6
Walaupun kebanyakan sektor ekonomi diizinkan untuk terus beroperasi seperti biasa di bawah PKPB, ia tetap memberi kesan drastik berkaitan keyakinan pengguna dan perniagaan.– Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 18 Oktober, 2020.
Iklan

LEBIH dari 40% sektor ekonomi akan terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikuatkuasakan di dua negeri dan tiga Wilayah Persekutuan, kata ahli ekonomi.

Mereka memberitahu The Malaysian Insight bahawa PKPB di Sabah, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan menjadikan keadaan lebih buruk kerana pemulihan beberapa sektor mula perlahan, menjadikannya satu tamparan hebat yang berakibat dua kali ganda.

Mereka turut berkata bahawa walaupun kebanyakan sektor ekonomi diizinkan untuk terus beroperasi seperti biasa di bawah PKPB, ia tetap memberi kesan drastik berkaitan keyakinan pengguna dan perniagaan.

Pengarah eksekutif Pusat Penyelidikan Ekonomi Sosio (SERC) Lee Heng Guie berkata PKPB menambah tekanan terhadap sentimen pengguna.

“Pada awalnya, sentimen pengguna menunjukkan tanda-tanda semakin baik. Orang ramai mula kembali ke pusat membeli-belah dan terdapat peningkatan dalam kegiatan sosial.

“Namun keyakinan perniagaan masih menurun, dan dengan gelombang ketiga Covid-19, kesannya tidak dapat dielakkan,” kata Lee.

Namun, katanya, data menunjukkan bahwa ekonomi semakin stabil sebelum pelaksanaan PKPB, dan beberapa juga sektor juga menunjukkan trend yang positif.

Lee berkata hal ini dapat dilihat pada bulan pertama suku keempat tahun ini, oleh itu, PKPB dua minggu mungkin akan memberi kesan terhad terhadap prestasi ekonomi.

Lee, bagaimanapun, mengingatkan bahawa jika sekatan pergerakan itu diperluas ke negeri-negeri lain, maka trend menaik yang dilihat sebelum ini akan menguncup.

Beliau turut menambah bahawa tahap impak ekonomi bergantung kepada tahap sekatan yang dikenakan di pelbagai sektor.

Walaupun hanya empat negeri dan wilayah yang dikenakan PKPB, mereka menyumbang hampir 50% kegiatan ekonomi Malaysia dan hal ini tidak boleh dipandang ringan.

Lee berkata, Selangor sendiri menyumbang sekitar 24% daripada KDNK, diikuti Sabah (6%) dan Kuala Lumpur (3.2%). Kedah, yang dilanda gelombang jangkitan baharu juga turut menyumbang sekitar 3.2%.

Beliau menambah bahawa akibat gelombang terbaru Covid-19, ramalan hasil dalam negeri kasar (GDP) untuk tahun ini akan kekal sekitar -4% namun suku keempat secara keseluruhannya berkemungkinan akan mengalami sedikit pertumbuhan.

“Jika akan PKPB diperluas dalam skala besar, maka pertumbuhan GDP dapat mencapai -4,5% hingga -5%,” kata Lee. – 18 Oktober, 2020.

Berita penuh di sini.

Iklan
Iklan