Syarikat pelancongan diheret ke tribunal pengguna
Iklan
PEMAIN industri pelancongan kini terbeban apabila gagal membuat bayaran balik kepada pengguna setelah tempahan dibatalkan disebabkan oleh wabak Covid-19.
Pemain industri memberitahu The Malaysian Insight bahawa pelanggan membawa masalah yang dihadapi mereka ini ke Tribunal Tuntutan Pengguna kerana mereka percaya boleh mendapatkan kembali wang daripada pengendali pelancongan dengan lebih banyak.
The Malaysian Association of Tour and Travel Agents (Matta) Sabah Kennedy Fung berkata agensi perlu mengelak dari menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan Tribunal Tuntutan Pengguna.
“Kami mendesak agensi pelancongan dan ahli untuk membincangkan pembayaran semula dengan para pelanggan agar tidak terlibat dengan Tribunal Tuntutan Pengguna.
“Pelanggan yang mengemukakan tuntutan adalah mereka yang tidak mahu berunding dengan agensi pelancongan dan mahu mendapatkan duit lebih banyak dari pembayaran semula,” katanya.
Tetapi hanya sebilangan pelanggan bertindak sedemikian.
“Agensi pelancongan mesti berusaha sebaik mungkin untuk memenuhi keperluan pelanggan untuk pembayaran semula, pembatalan. Tidak ramai yang mengemukakan kes ke tribunal. Hanya beberapa pelanggan yang ingin menuntut lebih banyak wang,” katanya.
Ada sebilangan pengguna tahu bahawa mereka boleh mendapatkan lebih banyak pampasan sekiranya memenangi kes mereka di mahkamah.
“Secara amnya jumlah yang dikembalikan tidak besar dan agensi pelancongan akan memberikan pulang wang secara langsung jika boleh,” katanya sambil menyatakan bahawa cara lain untuk berdepan masalah pembatalan adalah dengan menawarkan tempahan penangguhan.
“Beberapa pelanggan tahu mereka dapat meminta jumlah yang lebih tinggi selepas membawa kes tribunal dan kepentingan mereka dilindungi,” katanya.
Peguam Lee Wing Hong berkata Akta Perlindungan Pengguna 1999 membenarkan pengguna yang membawa tuntutan ke tribunal untuk menuntut maksimum RM25,000.
Lee dari Marcus Tan & Partners berkata kedua-dua pihak perlu memeriksa kontrak jualan terlebih dahulu untuk mengesahkan sama ada terdapat klausa force majeure yang akan mengecualikan syarikat daripada bertanggungjawab sekiranya perjalanan dibatalkan akibat bencana atau perang.
Presiden Malaysian Inbound Tourism Association (MITA) Uzaidi Udanis berkata menangani masalah pembatalan dan mengelak pengembalian semula wang lebih mudah bagi beberapa sektor pelancongan dari yang lain.
“Untuk hotel kebanyakan pelanggan akan bersetuju untuk menangguhkan tarikh daftar masuk mereka. Syarikat penerbangan juga biasanya bersetuju untuk menukar tempoh sah tiket.
“Namun lebih sukar apabila melibatkan jadual lawatan terutama yang ditempah melalui agensi pelancongan dalam talian. Kami faham bahawa ramai pelancong berdepan kesukaran untuk menuntut bayaran semula,” katanya.
Presiden Persatuan Pelancongan Cina Malaysia Albert Tan menjelaskan kenapa bayaran semula secara penuh untuk beberapa jenis pakej termasuk tiket penerbangan sukar untuk dilakukan.
“Bukannya agensi pelancongan tidak mahu mengembalikan semula wang tetapi jika syarikat penerbangan tidak mengembalikan wang kepada kami, kami tidak dapat memberi semula wang kepada pelanggan. Syarikat penerbangan hanya membenarkan tarikh tiket ditangguhkan sehingga 2021,” katanya.
Ketika ditanya mengenai kemuflisan di antara agensi pelancongan Fung berkata tidak banyak berita mengenai pengusaha di Sabah yang dipaksa untuk mengusahakan muflis, mungkin kerana nilai ambangnya lebih tinggi pada kadar RM100,000 daripada RM50,000 sebelumnya.
“Beberapa agensi pelancongan ditutup kerana mahu mengelak kerugian,” katanya.
Beliau berkata data sukar dikumpulkan kerana ada agensi yang tidak mendaftar keahlian bersama Matta.
“Namun ramai juga yang berusaha sebaik mungkin melayani dan menjaga hubungan baik dengan pelanggan,” katanya.
Setiausaha Agung MATTA berkta data mengenai jumlah pengembalian semula dana yang diminta sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac sukar disusun dan dijadualkan kerana peraturan syarikat serta perjanjian penjualan yang terlibat.
“Pelanggan yang mahukan pembayaran semula perlu membaca perjanjian perjalanan yang ditangani oleh kedua-dua pihak.
“Ramai pelanggan yang meminta 100% bayaran semula tetapi terdapat banyak faktor kenapa industri tidak dapat memberikan bayaran sepenuhnya. Kami berharap kerajaan dapat membantu kami,” katanya. – 2 November, 2020.