Iklan

Pengkritik jawab pembantu PM: Persempadanan semula SPR berat sebelah

Melati A. JalilChan Kok Leong7 years ago19th Dec 2017Berita
Election commission tmihasnoor 20170523 03
Persempadanan semula yang sedang diusahakan Suruhanjaya Pilihan Raya dibimbangi tidak selaras dengan prinsip satu individu, satu undi. – Gambar fail The Malaysian Insight, 19 Disember, 2017.
Iklan

PEMBANTU perdana menteri, Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad menerima pelbagai kritikan susulan kenyataannya hari ini yang mendakwa pembangkang mempolitikkan cadangan persempadanan semula oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.

Kritikan itu antara lainnya disuarakan Pengerusi Amanah Wilayah Persekutuan, Dr Mohd Hatta Ramli yang turut menyeru agar Tengku Sariffuddin melihat cadangan itu dengan lebih

Dr Mohd Hatta menjelaskan, persempadanan semula itu bertujuan untuk menyusun semula dan mengagihkan semula pengundi agar terdapat pengagihan adil di kalangan pengundi.

Penyusunan semula itu bagaimanapun perlu dibuat dengan pelencongan sempadan yang boleh diterima antara kerusi luar bandar dan bandar, jelasnya.

“Persempadanan semula yang jujur dibenarkan oleh Perlembagaan tetapi pembantu PM tidak mengkaji cadangan SPR dengan teliti.

“Mewujudkan lebih banyak kawasan pilihan raya besar dengan lebih 100,000 pengundi bagi setiap kawasan tidak selaras dengan prinsip satu individu satu undi,” katanya.

Walaupun SPR mendapat sokongan Perlembagaan untuk melakukan persempadanan semula, sentimen politik semasa membayangkan terdapat motif tersembunyi yang memihak kepada parti pemerintah

SPR sedang berusaha untuk melakukan persempadanan semula melibatkan lebih 120 daripada 222 kawasan Parlimen. –19 Disember, 2017

Berita penuh di sini.
 

Iklan
Iklan