Iklan

Untuk terus bertahan, PKS tak beri bonus, ambil pekerja baharu

Bernard Saw4 years ago26th Nov 2020Berita
50595553968 316c6172aa b
PKS dijangka tidak akan membayar bonus dan menggaji pekerja baharu untuk terus bertahan tahun depan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 26 November, 2020.
Iklan

BAGI memastikan perniagaan terus bertahan tahun ini dan depan, perusahaan kecil dan sederhana besar kemungkinan terpaksa melupakan pemberian bonus dan menangguhkan pengambilan pekerja baharu, kata beberapa tokoh perniagaan.

Mereka menjangkakan lebih 90% syarikat tempatan tidak akan membayar bonus kepada pekerja mereka tahun ini.

Walaupun kerajaan sudah mengambil langkah pemberian insentif kepada majikan yang menggaji graduan baharu dan pekerja tempatan, banyak syarikat tidak terlibat dalam skim itu kerana masa depan operasi mereka sendiri masih kurang jelas.

Koong Ling Long daripada Gabungan Dewan Perusahaan dan Industri Cina Malaysia (ACCCIM) berkata bonus dijangka hanya dikeluarkan industri yang masih menjana keuntungan seperti pengeluar sarung tangan, produk dalam talian dan perkhidmatan perubatan.

Majoriti besar syarikat pula akan lebih memberi tumpuan kepada aspek pengurangan kos kerana pandemik dijangka akan terus berlanjutan.

“Untuk memberikan bonus adalah untuk membelanjakan duit untuk masa depan. Hanya ada sebulan tinggal dan 2020 akan berakhir tidak lama lagi.

“Majikan merasakan jika mereka gagal mengekalkan aliran tunai mencukupi, akan jadi lebih susah untuk bertahan pada 2021,” kata Koong yang merupakan ketua Bahagian Percukaian dan PKS ACCCIM.

Pemain industri juga meramalkan prestasi keseluruhan syarikat tidak akan bertambah baik pada separuh pertama 2021 jika pandemik berterusan, tambahnya.

Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) Shamsudin Bardan pula berkata sekalipun bonus diberikan, ia hanya dalam jumlah paling minimum.

“Sebelum pandemik, syarikat selalunya bayar purata (bonus) dua bulan gaji. Sekarang, kalau sebulanpun sudah cukup baik.

“Tetapi, kebanyakan mereka tidak akan mampu bayar bonus langsung. Saya rasa pekerja akan faham dan gembira selagi mana mereka tak hilang kerja dalam situasi ini,” kata Shamsudin. – 26 November, 2020.

Berita penuh di sini.


 



 

Iklan
Iklan