Iklan

Salah faham punca salah guna skim subsidi gaji, kata majikan

Khoo Gek San4 years ago29th Nov 2020Berita
Covid 19 economy 20201106 hasnoor 004
Baru-baru ini, Menteri Sumber Manusia M. Saravanan berkata kira-kira 400 majikan dan industri bersasar menyalahguna skim PSU melibatkan peruntukan hampir RM20 juta. – Gambar fail The Malaysian Insight, 29 November, 2020.
Iklan

SALAH faham dan kekeliruan tentang Program Subsidi Upah (PSU) yang sepatutnya membantu pemilik syarikat menangani beban kewangan ekoran pandemik Covid-19, antara punca utama penyalahgunaan program itu, kata majikan.

Mereka berkata terdapat majikan yang salah tafsir tentang PSU, menyebabkan berlakunya penyalahgunaan.

Bagaimanapun mereka mengaku ada syarikat yang membuat tuntutan palsu.

Baru-baru ini, Menteri Sumber Manusia M. Saravanan berkata kira-kira 400 majikan dan industri bersasar menyalahguna skim PSU melibatkan peruntukan hampir RM20 juta.

Skim itu merupakan inisiatif kerajaan kepada majikan dan industri bersasar di bawah pakej Program Pemulihan Ekonomi Negara (Penjana).

Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia Shamsuddin Bardan berkata kepada The Malaysian Insight bahawa kekeliruan yang berbangkit dalam kalangan majikan berpunca akibat kurang pemahaman tentang pelaksanaan skim itu.

“Kerajaan fikir wang yang disalurkan kepada majikan perlu dibayar kepada pekerja. Itu yang menyebabkan penyalahgunaan berlaku,” katanya.

“Jika anda melihat skim itu, hanya Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) di bawah Prihatin yang pertama, majikan perlu membayar wang kepada pekerja dalam masa tujuh hari sejak penerimaan, tetapi program itu sudah tiada,” katanya.

Susulan pengumuman kedua PSU di bawah pakej Penjana, Shamsuddin berkata mengikut syarat Socso, majikan perlu memohon selepas pekerja mengambil cuti tanpa gaji dan majikan tidak membuang mereka.

Kerajaan kemudiannya akan membayar subsidi RM600 bagi setiap  pekerja dan perlu diberikan kepada pekerja yang mengambil cuti tanpa gaji.

“Majikan sepatutnya patuh kepada arahan ini untuk membayar pekerja.”

Beliau berkata disebabkan majikan perlu membayar gaji penuh kepada pekerja semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Bersyarat (PKPB), majikan kemudiannya menimpan wang peruntukan itu selepas syarikat menerima subsidi.

“Apabila majikan menyimpan duit itu, ada pekerja mahu wang itu dibayar kepada mereka.

“Tetapi majikan berkata mereka telah menerima gaji penuh dan tidak layak menerima subsidi PSU.”

Shamsuddin menjelaskan bahawa apabila kerajaan melaksanakan arahan ketat, pemain industri tidak dapat bertemu dan berbincang dengan kementerian sumber manusia.

Apabila media melaporkan berlakunya penyalahgunaan PSU, terdapat salah faham yang tercetus.

Shamsuddin mengambil contoh skim subsidi gaji Singapura sebagai perbandingan apabila republik itu menetapkan rakyat yang berusia 21 tahun ke atas akan menerima wang tunai sebanyak AS$600 (kira-kira RM1,827).

Pada masa yang sama, lebih 1.9 juta pekerja Singapura menerima subsidi gaji sehingga 75%.

Dalam kes PSU, Shamsuddin berkata peruntukan asal kerajaan adalah RM14 bilion dan apabila dibahagi dengan tempoh enam bulan, maka peruntukan bulanan adalah kira-kira RM2 juta.

“Jika kita bandingkan dengan gaji bulanan yang dibayar oleh sektor awam iaitu RM27.4 bilion, kita boleh mendapat peratusannya yang amat kecil.

“Tetapi jika kita banding dengan Singapura, mereka memberi kira-kira 70% dan ada negara memberi lebih 80% (subsidi).

“Memang betul kerajaan juga memperuntukkan tambahan RM1 bilion kepada industri runcit dan pelancongan. Kita juga memahami kekangan dan cabaran yang dihadapi kerajaan.” – 29 November, 2020.

Berita penuh di sini.

Iklan
Iklan