Iklan

Suarakan di Parlimen untuk Palestin, bukan perhimpunan, kata Khalid Samad 

Melati A. Jalil7 years ago21st Dec 2017Berita
Political funding 20171215 tmihasnoor 015
Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata, kerajaan perlu buat lebih lagi untuk menyatakan sokongan terhadap rakyat Palestin.– Gambar fail The Malaysian Insight, 21 Disember, 2017.
Iklan

PUTRAJAYA perlu adakan sidang Parlimen tergempar bagi mengutuk keputusan Amerika Syarikat untuk mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, kata ahli Parlimen Khalid Samad. 

Ahli Parlimen Shah Alam itu berkata, walaupun esok merupakan inisiatif baik dan tidak berpihak, kerajaan perlu buat lebih lagi untuk menyatakan sokongan terhadap rakyat Palestin. 

“Forum, perhimpunan adalah untuk NGO anjurkan, sebagai kerajaan, kamu ada kelebihan dan boleh buat lebih daripada itu. 

“Mereka sepatutnya memanggil untuk sidang parlimen khas, kerana parlimen Malaysia mewakili rakyat Malaysia untuk mengutuk keputusan AS,” katanya pada sidang media hari ini. 

Perdana Menteri Najib Razak dan pemimpin PAS dijangka akan mengetuai perhimpunan esok, yang diadakan di Putrajaya. 

Pada 16 Disember, Najib berkata Umno dan PAS perlu mencari jalan untuk menangani isu itu. 

Khalid berkata perhimpunan itu juga perlu menjemput pemimpin lain yang memperjuangkan isu Palestin, seperti bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dan Mohamad Sabu. 

Naib presiden Amanah Hasanuddin Mohd Yunus, bagaimanapun akan menghadiri satu forum sebelum perhimpunan itu, tambah Khalid. 

“Untuk perhimpunan itu, tiada keperluan untuk kita hadiri kerana ia adalah majlis Umno dan PAS,” katanya. 

Pada Selasa, Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi berkata lebih 10,000 orang dijangka akan hadir pada perhimpunan itu dan turut menjemput semua parti politik untuk hadir. – 21 Disember, 2017.
 

Iklan
Iklan