Iklan

Mahkamah mahu laporan lengkap usaha kesan anak bongsu Indira Gandhi

Noel AchariamElill Easwaran4 years ago17th Dec 2020Berita
M indira gandhi
Mahkamah Tinggi memberi tempoh tiga minggu kepada Jabatan Peguam Negara kemukakan 79 afidavit mengenai usaha dilakukan pihak polis polis untuk mengesan anak Indira Ghandhi. – Gambar fail The Malaysian Insight, 17 Disember, 2020.
Iklan

MAHKAMAH Tinggi Ipoh hari ini mengarahkan Jabatan Peguam Negara menyerahkan laporan terperinci mengenai usaha mengesan bekas suami dan anak perempuan M Indira Gandhi susulan perintah mahkamah sebelum ini yang dikeluarkan pada 2014.

Peguam Rajesh Nagarajan yang mewakili Indira berkata, Pesuruhjaya Kehakiman Bhupindar Singh memberi peguam negara tiga minggu untuk mengemukakan 79 afidavit mengenai usaha yang diambil oleh polis untuk mengesan bekas suami, Muhammad Riduan Abdullah dan anak perempuan bongsunya Prasana Diksa.

Jabatan Peguam Negara mewakili polis di mahkamah hari ini.

“Polis mengabaikan perintah mahkamah yang dikeluarkan pada 2014 dan gagal mengemukakan afidavit sejak 30 Mei 2014, sama ada kepada mahkamah atau pasukan undang-undang Indira.

“Pesuruhjaya kehakiman juga meminta salinan Buku Harian Penyiasatan untuk diserahkan kepada mahkamah dan peguam Indira,” katanya selepas prosiding di Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini.

Beliau berkata perintah itu memerlukan polis untuk memberitahu mahkamah dan peguam Indira mengenai langkah diambil polis untuk mengesan Riduan dan Parasana.

“Mereka (polis) harus mengemukakan kenyataan bersumpah setiap bulan dan perintah ini diberikan enam tahun lalu.

“Sehingga kini mereka belum menyerahkan afidavit. Sekarang mereka berhutang dengan Indira sebanyak 79 afidavit,” kata peguam. – 17 Disember, 2020.

Berita penuh di sini

Iklan
Iklan