Semangat AirAsia tetap tinggi, kata Tony Fernandes
Iklan
SEMANGAT kakitangan Air Asia masih tinggi walaupun industri berkenaan terjejas teruk akibat wabak Covid-19, kata Ketua Pengawai Eksekutif AirAsia Group Bhd, Tony Fernandes.
“Tiada siapa yang menyerah di saat sukar ini dan kita akan kembali kuat.
“Budaya yang kita bina dalam 18 hingga 19 tahun terakhir (masih ada di sini). Sekarang adalah masa untuk anda melihat hasilnya,” katanya.
Pada Oktober, AirAsia Berhad dan AirAsia X Bhd mengesahkan pemberhentian 10% daripada 24,000 pekerja mereka.
Fernades sebelum ini berkata langkah untuk memberhentikan kakitangan perlu dilakukan apabila sektor penerbangan berdepan kesulitan untuk pulih dalam jangka pendek.
Hartawan penerbangan berkata kumpulan itu dijangka beroperasi pada skala lebih kecil dan syarikat penerbangan akan berusaha menyelamatkan seramai mungkin kakitangan yang diberhentikan.
Jumlah penumpang AirAsia Group Bhd turun sebanyak 85% kepada 1.91 juta pada suku ketiga (Q3) 2020 daripada 13 juta pada suku yang sama tahun lalu.
Disebabkan pandemik Covid-19, faktor muatan kumpulan menurun kepada 66%, katanya dalam laporan suku tahunan bursa saham.
Syarikat penerbangan tambang rendah itu berkata metrik operasi utamanya meningkat pada September berbanding Julai dengan penumpang yang lebih tinggi dicatatkan dalam operasinya di Malaysia, India dan Thailand yang masing-masing meningkat 36%, 79% dan 65%.
AirAsia Malaysia beroperasi pada 52% kapasiti domestiknya pada September berbanding 40% pada Julai. Ini disebabkan oleh peningkatan permintaan perjalanan sejak Q2 apabila sekatan perjalanan antara negeri dilonggarkan.
Pada November airasia.com bekerjasama dengan Turkish Airlines untuk meningkatkan jaringan penerbangan pan-Asia dalam jangkaan kemungkinan pemulihan dalam perjalanan antarabangsa
Kerjasama ini membolehkan AirAsia memanfaatkan peta destinasi komprehensif Turkish Airlines yang merupakan terbesar di dunia dari segi negara dan titik antarabangsa yang diterbangkan oleh syarikat penerbangan global. Kedua-dua syarikat penerbangan juga akan bekerjasama dalam mempromosikan destinasi.
Fernandes berkata kerjasama itu sebagai persiapan apabila sempadan dibuka semula. – 19 Disember, 2020.