100 anak muda berarak peringati gerakan kiri Merdeka
Iklan
SEKUMPULAN 100 belia berpakaian serba putih berarak sejauh 500 meter di Kuala Lumpur sebagai memperingati ulang tahun ke 71 Angkatan Pemuda Insaf (API), sebuah pergerakan politik pra-merdeka yang diharamkan oleh British pada 1947.
Walaupun kumpulan berhimpun itu kecil, namun suasana perhimpunan berkenaan seakan sebuah perayaan, dengan lagu seperti Panas atau Hujan, Darah Rakyat, Ale-Ale dan Buruh Tani yang dinyanyikan pada perhimpunan itu bermula pada dari pusat membeli belah Maju Junction dan berakhir di kompleks membeli belah Sogo.
Kumpulan belia berkenaan turut membawa sepanduk dan banner dengan mesej untuk mengecam perbuatan rasuah.
“Rakyat bersatu menentang rejim korup, Negara Sakit Wanita Bangkit:, tulis satu pelanduk; “Malaysia Muda Dalam Api, Politik Tua Tolong ke Tepi” tulis sepanduk lain.
Ucapan disampaikan oleh bekas ahli API Cikgu Ishak Surin merupakan kemuncak perhimpunan berkenaan.
Lelaki berusia 85 tahun itu mengetuai perhimpunan berkenaan dengan laungan, “Merdeka dengan Darah”, merujuk kepada objektif penubuhan API.
API mensasarkan untuk membebaskan negara kita dari sebarang. Kami mahukan demokrasi sebenar,” kata Cikgu Ishak.
“Kini belia bukan sahaja memperingati perjuangan tetapi meneruskannya dan, dalam konteks hari ini, adalah tanggungjawab mereka untuk berjuang menentang kerajaan sekarang,” kata Cikgu Ishak, dan menyebut perjuangan yang dibuat oleh pengasas API, Ahmad Boestamam, seperti dipenjarakan tujuh tahun ketika menjadi ahli Parlimen Setapak.
API, merupakan gerakan belia berhaluan kiri, ditubuhkan di Ipoh, Perak pada 1946 dan bertahan selama 518 hari sebelum British mengisytiharkan pergerakan itu haram pada 30 Jun, 1947.
Bacaan puisi, ucapan dan sketsa pendek turut dipersembahkan di hadapan kompleks beli belah Sogo.
Peserta perhimpunan melaungkan “Hidup Rakyat, Hidup Pemuda, Hidup Mahasiswa, Wanita”.
Jurucakap Amir Hadi berkata, sebab mereka memakai pakaian yang sama dengan ahli API sebelum ini adalah untuk menaikkan semangat yang dimiliki kumpulan itu sebelum ini.
“Sebelum kongres API pertama diadakan, mereka mengadakan perarakan dan memakai baju putih dan ikatan lengan merah sebagaimana yang kami pakai hari ini untuk memperingati acara bersejarah itu,” katanya.
Sebelum perhimpunan itu berakhir, sketsa selama enam minit, yang mengetengahkan karakter antagonis memakai topeng badut, dipersembahkan sebagai kemuncak isu yang melanda belia hari ini seperti masalah pengangguran, perumahan mampu milik dan pinjaman pelajar.
Ia ditamatkan dengan ritual mandi bunga sebagai simbol keperluan untuk membersihkan Malaysia daripada mereka yang mahu memusnahkannya. – 23 Disember, 2017.