Iklan

Sambutan Krismas diadakan dengan kapasiti terhad, kata majlis gereja

Noel AchariamElill Easwaran4 years ago24th Dec 2020Berita
Santa christmas tmi 05
Sambutan Krismas akan berlangsung dengan kapasiti terhad mengikut SOP yang ditetapkan kerajaan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 24 Disember, 2020. 
Iklan

SAMBUTAN Krismas akan berlangsung dengan kapasiti terhad mengikut prosedur operasi standard (SOP) Putrajaya, kata Majlis Gereja-Gereja Malaysia (CCM).

Ini melibatkan gereja-gereja Protestan di seluruh negara dan gereja-gereja Katolik di luar Keuskupan Agung Kuala Lumpur.

Setiausaha Agung CCM Rev Hermen Shastri berkata gereja ini akan menjalankan perkhidmatan dengan kapasiti 20 orang dan akan disiarkan secara langsung untuk ahli mereka.

“Kapasiti 20 orang (di seluruh negara) dan satu pertiga kapasiti untuk Wilayah Persekutuan akan dijalankan di zon hijau dan kuning.

“Tetapi ini hanya untuk gereja Protestan utama CCM. Tidak ada perhimpunan awam Katolik di Keuskupan Kuala Lumpur,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Hermen juga berkata semua gereja mematuhi SOP yang ketat.

Pada 17 Disember Keuskupan Agung Kuala Lumpur berkata bahawa tidak ada perhimpunan melibatkan orang ramai di Lembah Klang sepanjang perayaan Krismas. – 24 Disember, 2020. 

Berita penuh di sini.

Iklan
Iklan