Iklan

Kebenaran rentas negeri bantu restoran bangkit semula, kata persatuan

Khoo Gek San4 years ago25th Dec 2020Berita
50063838078 873ce70f35 b
Industri perniagaan kini sudah pulih sekurang-kurangnya 30% selepas kelonggaran sekatan antara negeri. – Gambar fail The Malaysian Insight, 25 Disember, 2020.
Iklan

PENGUSAHA restoran kini boleh menarik nafas lega selepas kelonggaran sekatan antara negeri di bawah perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) menyaksikan lonjakan perniagaan, kata persatuan restoran dan perdagangan.

Industri perniagaan kini sudah pulih sekurang-kurangnya 30%, memberi sedikit kelegaan, tambah mereka.

Presiden Pan Malaysia Koo Soo Restaurants Chefs Association Wong Teu Hoon berkata jumlah perniagaan restoran kini 10% pada Oktober dan November.

Beliau berkata selepas sekatan dilonggarkan, jumlah perniagaan meningkat sedikit dem sedikit dengan beberapa kawasan meningkat antara 30% hingga 40%.

“Dari Julai hingga September, jumlah perniagaan berada pada tahap pemulihan terbaik iaitu sekitar 60 peratus hingga 70 peratus.

“Waktu itu jumlah perniagaan sekitar 30% dari Isnin hingga Khamis. Dan pada hujung minggu jumlah perniagaan kembali ke 60% daripada jumlah sebelum wabak,” katanya.

Wong berkata gelombang ketiga Covid-19 lebih teruk apabila jumlah kes yang tinggi menyebabkan orang ramai takut untuk makan di kedai dan jumlah pengunjung merosot.

Beliau berkata perkhidmatan bawa pulang juga merosot.

Beliau berkata untuk mengelak kerugian besar, perniagaan ditutup dari Isnin hingga Khamis dan dibuka dari Jumaat hingga Ahad.

Pengarah Urusan Loon Sing Group Sia Boon Kong berkata bahawa semasa PKPB perniagaan restoran di Negeri Sembilan, Johor, Kuala Lumpur dan Selangor merosot terutamanya perniagaan di Negeri Sembilan yang turun sebanyak 80%.

Walaupun kerajaan memberi kebenaran merentas negeri, jumlah perniagaan restoran di Negeri Sembilan turun 50% berbanding sebelum wabak ini.

Beliau menambah bahawa Johor bergantung kepada pelancong Singapura dan rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura.

Sekarang sempadan masih ditutup, perniagaan masih tidak bertambah baik.

“Kes yang disahkan baru-baru ini dilaporkan lebih 1,000 kes setiap hari dan orang ramai masih takut untuk makan di luar.

“Perniagaan di Negeri Sembilan juga terjejas teruk akibat wabak ini,” katanya.

Bagaimanapun katanya kelonggaran perjalanan antara negeri membantu Selangor dan Kuala Lumpur.

“Perniagaan di Selangor dan Kuala Lumpur telah meningkat sebanyak 10% sehingga 20% selepas kebenaran merentas negeri diumumkan,” katanya.

Wabak itu terkawal pada Julai. Pasa masa itu ramai penduduk tempatan melakukan perjalanan dalam negeri yang membantu meningkatkan sektor perniagaan pelancongan, hotel dan restoran.

Hanya selepas pilihan raya negeri Sabah, gelombang ketiga wabak Covid-19 berlaku. Kerajaan mengumumkan zon merah dan menyekat kebenaran rentas negeri menyebabkan semenanjung Malaysia diasingkan dari Timur Malaysia.

Sia berkata dari Ogos sehingga September, pengusaha restoran menganggap perniagaan sudah semakin pulih dan melabur lebih banyak wang ke dalam perniagaan dengan harapan dapat meningkatkan perniagaan mereka.

Tanpa disangka PKPB dilaksanakan pada Oktober dan mereka kembali terjejas.

Pengerusi Koo Soo San Yuen Guild Taiping, Law Eu Wei memberitahu The Malaysian Insight bahawa pelaksanaan PKPB yang kedua di Perak menyebabkan perniagaan kedai makan menurun 70%.

Dengan pembukaan pasar raya dua minggu lalu, orang ramai mula makan di luar dan jumlah perniagaan meningkay 60%.

Beliau berkata penyebaran virus tidak dapat dikawal sepenuhnya pada masa ini. Banyak restoran di Perak ditutup dan sekurang-kurangnya 30% restoran di Taiping ditutup.

“Ada yang ditutup sementara dan ada yang ditutup selama satu hingga dua bulan selama sekatan perjalanan bersyarat kerana tidak ada perniagaan tanpa pelancong.

“Sekarang di kebenaran merentas negeri dibenarkan, restoran mula menggaji pekerja untuk memulakan perniagaan,” katanya.

Pengerusi Persatuan Restoran Koo Soo Kwong Choon Tong dan Rumah The Pulau Pinang Vinah Yee Yook Chee berkata persatuan itu mempunyai seramai 400 ahli.

“Sejak PKPB, 50% restoran ditutup buat sementara waktu dan 20% restoran memilih untuk tutup kerana mereka tidak mampu menangung kerugian operasi tanpa pelanggan,” katanya.

Di Pulau Pinang tidak ada pelancong dalam dua minggu terakhir. Dan apabila perjalanan rentas negeri dibenarkan, pelancong kembali ke Pulau Pinang.

“Ketika keadaan wabak bertambah baik, beberapa restoran sudah dibuka semula dan memberi tanda untuk mereka kembali beroperasi.

“Sebagai contoh semasa PKPB beberapa restoran di kawasan tumpuan ditutup. Sekarang mereka kembali membuka perniagaan bersama iklan. Beberapa restoran memilih untuk menutup semua cawangan dan membuka cawangan utama.

Beliau berkata bahawa beberapa pemilik kedai bersimpati dengan keadaan restoran dan bersetuju untuk mengurangkan sewa tetapi beberapa pemilik mahu menaikkan sewa. – 25 Disember, 2020.

Iklan
Iklan