Jangan buka kedai sepanjang perayaan Thaipusam
Iklan
JAWATANKUASA kuil Hindu Batu Caves melarang kedai beroperasi semasa perayaan Thaipusam bulan depan bagi mengelakkan orang ramai berhimpun rapat, kata ketua kuil R. Nadarajah.
“Kami juga mendesak pihak berkuasa untuk tidak membiarkan gerai atau kedai dibuka di sepanjang jalan perarakan dari kuil Sri Maha Mariamman di Jalan Tun HS Lee sebelum sampai ke kuil Swamy Batu Caves Sri Subramaniar.
“Perarakan hanya akan berlangsung sekitar empat jam,” katanya.
“Hanya kedai sedia ada sahaja dibenarkan buka,” katanya, menambah cuma sekitar empat atau lima kedai sahaja di Batu Caves.
Bagi mengelakkan orang berpusu atau bersentuhan dalam keramaian perayaan itu nanti, perarakan tidak akan berhenti sepanjang jalan.
Acara lain yang berkait dengan perayaan itu, seperti tindik telinga atau cukur kepala juga tidak dibenarkan.
Pembawa Kavadi dihadkan kepada tiga orang untuk setiap Kavadi, tambahnya.
“Kita akan kawal orang ramai di gerbang utama kuil Batu Caves.
“Agenda kami bukan untuk buat duit, keutamaan kami ialah keselamatan orang ramai,” kata R. Nadarajah.
Thaipusam, perayaan mengingati Dewa Murugan merupakan perayaan terbesar penganut Hindu selepas Deepavali. Berjuta penganut akan berhimpu dalam perayaan itu setiap tahun di pekbagai kuil di Malaysia. Perayaan Thaipusam terbesar diadakan di Batu Vaces, Selangor.
Tarikh perayaan itu ditentukan dengan melihat bulan penuh dalam kalendar Hindu, yang selalunya pada Januari atau Februari.
Tahun depan, perayaan Thaipusam jatuh pada 28 Januari. – 28 Disember, 2020.