Iklan

PKP 2.0 beri impak lebih besar kepada sektor F&B

Elill Easwaran4 years ago13th Jan 2021Berita
Restoran
Kebanyakan pengusaha premis makanan dan minuman tidak mempunyai sumber kewangan yang cukup untuk terus bertahan pada PKP kali ini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 13 Januari, 2021.
Iklan

PERINTAH kawalan pergerakan kedua (PKP 2.0) akan memberi impak lebih besar terhadap sektor manakan dan minuman (F&B) berbanding sekatan pergerakan sebelum ini kerana kebanyakan pengusaha tidak mempunyai wang yang cukup untuk terus bertahan, kata pemain industri. 

Pengasas bersama Gabungan Operator F&B Malaysia (MyF&B) Joshua Liew memberitahu The Malaysian Insight, pada PKP pertama (Mac hingga Mei), kebanyakan pengusaha mempunyai simpanan yang cukup untuk bertahan dan ia telah digunakan, kini hampir mustahil untuk terus bertahan. 

“Kami mampu bertahan dari Julai hingga Oktober namun kemudian berdepan masalah pada November berikutan PKP bersyarat (PKPB). 

“Terdapat peningkatan perniagaan pada Disember kerana ia musim perayaan namun 30% pengusaha menanggung kerugian besar. 

“Setiap pelan pemulihan yang kita ada untuk 2021 kini tidak berguna lagi kerana PKP 2.0,” kata Liew. 

Di bawah PKP 2.0 yang akan berkuatkuasa bermula hari ini hingga 26 Januari, makan di premis adalah dilarang. 

Katanya, mereka yang akan mengaut keuntungan adalah rangkaian makanan segera dan premis yang menjual snek. 

Beliau berkata restoran untuk pelanggan kelas pertengahan dan ke atas tidak akan bertahan dalam tempoh ini. 

Liew berkata sebahagian besar restoran gulung tikar tahun lalu dan beliau menjangkakan perkara sama berlaku tahun ini. 

Pengerusi Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (Primas) Govinda Jayabalan berkata kira-kira 70% ahli mereka terjejas teruk ketika pelaksanaan PKPB pada November. 

“Saya melihat lbih ramai ahli yang gulung tikar kerana PKP dan mereka hanya mampu beroperasi 30%.

“Ahli persatuan sudah bertanya kepada saya sama ada mereka akan diberikan moratorium lagi untuk PKP kali ini. 

“Mereka turut bertanya sama ada kerajaan akan membantu mereka mengenai bayaran sewa dan bil elektrik untuk enam bulan,” kata Govindasamy. 

Primas mempunyai kira-kira 2,000 ahli di seluruh Malaysia dan kebanyakan mereka terletak di Lembah Klang, Pulau Pinang, Johor dan Perak. 

Sementara itu, seorang pemilik restoran yang hanya mahu dikenali sebagai Ruben berkat abeliau bimbang sekiranya terpaksa menutup terus perniagaannya. 

“Saya terpaksa berhentikan beberapa orang pekerja pada PKP pertama dan kini untuk yang kedua, nampaknya tidak bagus,” katanya. 

Ruben berkata rakan dan keluarga membantunya dari segi kewangan sebelum ini namun beliau tidak boleh terus bergantung kepada mereka lagi. 

“Orang datang ke restoran saya terutamanya pada hujung minggu untuk minum dan menonton perlawanan bola sepak tapi jika makan di premis tidak dibenarkan, 90% pelanggan saya akan hilang,” katanya.

Malaysia akan melaksanakan PKP yang lebih ketat di enam negeri berkuatkuasa hari ini sehingga 26 Januari. 

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata langkah ini perlu kerana situasi kini membimbangkan dan sistem penjagaan kesihatan semakin teruk. – 13 Januari, 2021.

Iklan
Iklan