Andaman Resort Langkawi terbakar
Iklan
SEBAHAGIAN bangunan pusat peranginan bertaraf lima bintang Andaman Resort di Langkawi musnah dalam kebakaran lewat petang semalam.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, kebakaran itu bermula di bahagian dapur hotel mewah itu.
“Namun semua staf dan penghuni di hotel itu sudah diselamatkan sebaik penggera berbunyi kira-kira jam 5 petang semalam.
“Kini, kami sedang berusaha untuk mengawal api daripada merebak ke sebuah lagi hotel mewah, The Datai yang terletak berdekatan,” katanya kepada The Malaysian Insight.
Sehingga jam 10 pagi hari ini, api belum dapat dipadamkan sepenuhnya akibat struktur bangunan yang diperbuat daripada kayu selain lokasinya yang terpencil.
Hotel mewah itu terletak di Teluk Datai dibina pada tahun 1990an. – 13 Januari, 2021.