Usahawan muda rebut peluang ketika krisis Covid-19
Iklan
HASIL ketekunan dan kreativiti, beberapa pemuda mendapati pandemik Covid-19 menjadi peluang ketika berlaku krisis global.
Ia memerlukan usaha dan berfikir luar kota untuk meneruskan pelan perniagaan yang terjejas disebabkan wabak virus, kata jurugambar Keda Z Feng.
Pengasas Amazing Group berusia 34 tahun yang mengendalikan galeri dan akademi fotografi dengan pelanggan global, pulang ke tanah air di Malaysia semasa wabak tahun lalu.
Apabila sekatan pergerakan menjejaskan rancangan pengubahsuaian studionya, jurugambar yang pernah memenangi anugerah mula beroperasi secara dalam talian dan menawarkan perkhidmatannya ke rumah pelanggan.
“Ideanya adalah walaupun semasa perintah kawalan pergerakan (PKP), anda masih dapat mencipta memori gembira di rumah, beberapa ibu bapa ingin merekodkan tumbesaran anak-anak mereka di rumah.
“Jadi pada Mei tahun lalu, kami memperkenalkan ‘Happy Time Studio’. Tidak kira di negara mana anda berada, anda boleh berpakaian dan bergambar di rumah, dan kami akan memproses gambar melalui sistem.”
Pelanggan menerima “Happy Time Guide” yang menyenaraikan persiapan sebelum penggambaran, termasuk arahan mengenai almari pakaian, peralatan dan postur.
Pelanggan mengambil gambar dengan telefon pintar atau kamera mereka sendiri. Studio Keda kemudian menyunting foto dan pelanggan boleh memilih latar belakang digital pilihan mereka sebelum memuat turun potret keluarga yang sudah siap.
Perkhidmatan ini mendapat sambutan memberangsangkan hinggakan prestasi perniagaan Amazing Group lebih baik berbanding yang dijangkakan ketika tahun pandemik.
Keda, yang mempunyai Fellowship dengan Master Photographers Association di UK dan memenangi banyak anugerah di seluruh dunia bagi fotografi potret dan perkahwinan, kini merancang mengembangkan perniagaannya dengan studio fizikal di Singapura dan Kota Kinabalu setelah PKP kali ini tamat.
“Saya mengambil gambar perkahwinan dan fotografi komersial di luar negara pada Januari 2012. Menjelang 2019, saya adalah pengajar hotografi di lebih d30 negara. Kini tiba masanya kembali ke Malaysia untuk membangun dan mencipta jenama perniagaan saya sendiri,” katanya kepada The Malaysian Insight.
Bagi empat anak muda lain, rahsia kejayaan mereka semasa langkah pengurungan disebabkan wabak adalah kesediaan untuk mencuba sesuatu yang baharu.
Mereka adalah insan di belakang kewujudan kedai kopi Ah Ma Ho Liao (Makanan Baik Nenek) di Melaka, yang bermula dengan hanya sebuah gerai sebelum wabak, kini dalam perancangan membuka cawangan ketiga dan keempat.
Nama kedai kopi itu diberikan oleh salah seorang daripada mereka, Kelvin Tan, 31, yang menerima resipi daripada neneknya. – 24 Januari, 2021.
Berita penuh di sini