Gesaan Anwar untuk batal darurat bukan jenayah, kata bekas timbalan menteri
Iklan
AHLI Parlimen Sepang yang juga pemimpin Amanah Hanipa Maidin mempersoalkan siasatan polis terhadap Anwar Ibrahim yang menggesa Yang di-Pertuan Agong membatakan proklamasi darurat.
Bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata tidak adil untuk menganggap gesaan ketua pembangkang itu sebagai jenayah sekiranya ada yang tidak setuju dengannya.
Hanipa berkata: “Setakat yang saya tahu cadangan untuk membatalkan proklamasi darurat oleh mana-mana individu bukan satu jenayah,” katanya dalam posting di Facebook.
“Jangan kita lupa, Speaker Dewan Negara (ahli Bersatu) pada satu masa dulu, mempersoalkan “kesesuaian” bantahan pertama darurat oleh Agong.”
“Kenyataan Anwar juga di bawah hak yang dilindungi oleh Perlembagaan dan tidak perlu campur tangan polis,” kata Hanipa.
Semalam polis mengumumkan Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson disiasat selepas satu laporan dibuat di Kuala Lumpur.
Awal bulan ini, Anwar dilaporkan menulis surat kepada semua Ahli Parlimen dalam usaha merayu Agong membatalkan perisytiharan darurat dan mengadakan sidang Parlimen secepat mungkin.
Presiden PKR itu mempertahankan tindakannya dan menyatakan ia bukan pengkhianatan. Beliau turut mendakwa 114 atau 115 Ahli Parlimen menolak usul darurat daripada kerajaan Perikatan Nasional dan mahu sidang Parlimen diadakan.
Anwar juga memfailkan permohonan untuk kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman terhadap peranan perdana menteri dalam perisytiharan darurat. – 28 Januari, 2021.