Iklan

Indeks rasuah Malaysia cuma turun 2 mata, tapi membimbangkan

Elill Easwaran4 years ago28th Jan 2021Berita
50571393233 ed1899022d o
Penurunan ini bermaksud negara belum tegas melawan rasuah. – Gambar fail The Malaysian Insight, 28 Januari, 2021.
Iklan

SKOR Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International (TI) untuk tahun 2020 turun dua mata, penurunan kecil tetapi bukanlah trend yang boleh diabaikan, kata Presiden TI Malaysia Dr Muhammad Mohan.

Malaysia memperoleh 51 mata daripada 100 pada 2020, meletakkan negara di tempat ke-57 daripada 180 negara. Pada 2019, Malaysia memperoleh 53 mata dan berada di tempat ke-51.

“Walaupun penurunan skor secara statistiknya signifikan, kerajaan patut sedar oenurunan ini… jika dibandingkan dengan negara-negara lain, kita masih tidak menunjukkan usaha memerangi rasuah,” kata Muhammad dalam sidang siara langsung laporan CPI hari ini.

“Sebagai sebuah negara Islam, rasuah tidak mencerminkan kebaikan pada kita. Sebab itulah sepatutnya perlu berusaha sebaik mungkin menjadi negara yang kurang rasuah berbanding negara Islam lain.”

Pada 2019, Malaysia mencatat 53 mata sekali gus menunjukkan pembaikan besar daripada 47 mata sebelum pilihan raya umum 2018 yang menyaksikan Barisan Nasional disingkirkan dari kerajaan Persekutuan.

Muhammad berkata, antara faktor yang menyumbang kepada penurunan skor Malaysia adalah kelewatan Rang Undang-Undang Pembiayaan Dana Politik yang akan dibentangkan di Parlimen oleh kerajaan Pakatan Harapan, tetapi masih belum berlaku.

Semakan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Bebas Aduan Salah Laku Polis (IPCMC) menjadi Rang Undang-Undang Suruhanjaya Kelakuan Polis Bebas (IPCC) yang tidak berkesan juga merupakan penyebab kepada penurunan mata.

“Pemisahan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya juga belum dibuat oleh kerajaan,” tambahnya. – 28 Januari, 2021.

Berita penuh di sini.

Iklan
Iklan