Iklan

Mulai esok kedai boleh dibuka sampai 10 malam, kata Ismail Sabri

Aminah Farid4 years ago28th Jan 2021Berita
 tmi2540-01
Farmasi, klinik haiwan, kedai serbaneka, kedai cermin mata antara yang boleh beroperasi sehingga 10 malam. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 28 Januari, 2021.
Iklan

BERMULA esok, semua kedai akan dibenarkan beroperasi sehingga jam 10 malam, kata Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob.

Katanya, farmasi, klinik haiwan, kedai serbaneka, kedai cermin mata antara yang boleh beroperasi sehingga 10 malam.

Sebelum ini, hanya kedai makanan dan penghantaran makanan sahaja dibenarkan.

Ismail Sabri berkata, langkah baharu ini diputuskan setelah berbincang dengan Kementerian Kesihatan.

Perubahan bagi membolehkan restoran beroperasi sehingga 10 malam dan bukan 8 malam juga menimbulkan masalah kepada gerai yang terletak di pusat membeli-belah, yang harus ditutup pada jam 8 malam.

Waktu tutup kedai yang baharu ini akan membolehkan semua kedai di pusat membeli-belah ditutup pada masa yang sama.

Sektor lain yang dibolehkan untuk beroperasi semula esok adalah perhutanan, pembalakan, dan “sektor berkaitan,” tambah Ismail. – 28 Januari, 2021.

Iklan
Iklan