JMB boleh tuntut penduduk jalani ujian Covid-19, kata Ismail Sabri
Iklan
BADAN Perumahan Bersama (JMB) untuk kondominium, pangsapuri dan taman perumahan kini boleh mengarahkan penduduk menjalani ujian Covid-19 sekiranya mereka merasa perlu melakukannya, kata Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob.
Walaupun tidak ada dasar seperti itu, tidak salah pihak pengurusan membuat permintaan itu, katanya dalam sidang media mengenai sekatan pergerakan Covid-19 hari ini.
“Kita tidak menghentikan pengurusan kondo atau kawasan perumahan supaya dapat memastikan keselamatan penduduk,” kata Ismail.
Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan mengenai beberapa badan pengurusan pangsapuri yang menuntut agar pekerja asing yang tinggal di bangunan tersebut menjalani ujian Covid-19 kerana penyebaran virus dalam komuniti.
Beberapa badan pengurusan didakwa mengancam mengusir penyewa sekiranya gagal berbuat demikian. – 28 Januari, 2021.