Peruncit telefon bimbit beralih ke platform dalam talian untuk bertahan
Iklan
PERUNCIT telefon bimbit kini mula beralih kepada e-dagang ekoran menanggung kos operasi yang tinggi seperti sewa susulan lanjutan sekatan pergerakan.
Banyak kedai ditutup bagi mengurangkan kerugian yang dihadapi mereka.
Presiden Pertubuhan Peniaga Telekomunikasi Malaysia (PPTM) Ng Keng Soon berkata kira-kira 30% kedai di kawasan bandar ditutup sementara kira-kira 10-15% kedai di luar bandar ditutup.
Namun beliau berkata sukar untuk mengenal pasti jumpa sebenar kedai yang ditutup.
“Kerugian yang dicatat hanya akan diketahui selepas Tahun Baharu Cina. Langkah-langkah pembendungan kerajaan telah gagal dan industri mengambil pendekatan tunggu dan lihat kerana tidak dapat beroperasi tanpa modal,” katanya.
Beliau memberitahu The Malaysian Insight bahawa hasil jualan berada di bawah paras normal semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ini menyebabkan perniagaan yang mempunyai beberapa cawangan menutup beberapa kedai mereka.
Sebagai contoh Ng berkata, perniagaan yang mempunyai 10 gerai menutup 9 kedai mereka dan hanya mengekalkan ibu pejabat untuk terus beroperasi.
“Banyak perniagaan beralih ke penjualan dalam talian tetapi ada juga kekurangannya. Walaupun penjualan dalam talian menjimatkan kos sewa, ada banyak persaingan di antara pemain dalam industri yang sama.
“Oleh itu iklan perlu dilakukan. Bagaimanapun tidak ada jaminan bahawa iklan RM300 hingga RM400 mungkin akan berjaya mendapatkan hasil jualan sebanyak RM1,” katanya.
Ng berkata industri telefon bimbit beralih ke platform dalam talian hanya untuk bertahan dan tidak menjana wang.
Beliau berkata bahawa keuntungan rendah sedangkan kos menjalankan perniagaan telefon tinggi tinggi.
“Penjual Malaysia beralih ke platform dalam talian apabila penjualan mula merosot. Mereka menjual barang melalui siaran langsung. Ini hanya untuk mengekalkan operasi dan tidak menghasilkan keuntungan.
“Mereka tidak dapat mempertahankan kos sewa kedai fizikal mereka melalui wang yang dihasilkan melalui penjualan dalam talian. Jadi mereka perlu membuang pekerja, mengekalkan aliran tunai dan menutup cawangan yang tidak menguntungkan,” katanya. – 4 Februari, 2021.