Industri sarang burung stabil semasa pandemik
Iklan
INDUSTRI sarang burung di Malaysia menyaksikan pertumbuhan yang stabil berikutan peningkatan permintaan untuk produk kesihatan dalam tempoh pandemik Covid-19, kata persatuan perniagaan.
Mereka berkata pengguna yakin bahawa sarang burung akan berfungsi sebagai makanan tambahan kesihatan semasa wabak.
Mereka memberitahu The Malaysian Insight bahawa sejak pandemik Covid-19 bermula tahun lalu, terdapat peningkatan eksport sebanyak 20% ke China.
Pengerusi Persatuan Import dan Eksport Sarang Burung Malaysia Chua Huai Gen berkata eksport ke China dari 2019 sehingga 2020 telah meningkat dengan ketara.
“Jumlah sarang burung yang diimport ke China dari seluruh wilayah meningkat dua kali ganda dari 183,000kg pada 2019 kepada 336,800kg pada 2020.
“Ini menunjukkan bahawa pengguna masih yakin pada nilai perubatan sarang burung,” katanya.
Chua berkata terdapat pelbagai sebab adanya peningkatan sarang burung yang diimport ke China.
“Pertama, pengguna yakin akan pembelian sarang burung kerana sudah melalui pemeriksaan ketat.
“Kedua, pengguna menganggap sarang burung sebagai suplemen kesihatan semasa wabak,” katanya.
Beliau berkata China sangat tegas dalam kes penyeludupan sarang burung.
“Ketika ini kerajaan China mengimport sarang burung dari 34 syarikat di Malaysia, 23 syarikat di Indonesia dan dua syarikat di Thailand,” katanya.
Menurut statistik Akademi Pemeriksaan dan Kuarantin China, negara ini telah mengimport 3,000 kg pada 2014, 10,000 kg pada 2015, 15,000 pada in 2016, 25,000 pada in 2017, 33,000 kg pada 2018, 5,000 kg pada 2019, dan 69,000 kg pada 2020.
Bagaimanapun Chua berkata jualan sedikit menurun pada Perintah Kawalan Pergerakan tahun lalu kerana eksport terjejas akibat sekatan sempadan dan pengangkutan.
“Jumlah eksport sarang burung ke China pada Mac tahun lalu aalah 3,000 kg dan turun kepada 2,000 kg pada April kemudian meningkat dari September dengan 8,000 kg sehingga November dengan 8,900 kg,” katanya.
Chua juga berkata pihak berkuasa China telah melakukan dengan baik untuk menghalang penyeludupan sarang burung ke negara ini.
“Kastam China telah melarang penyeludupan sarang burung sepanjang wabak.
“Mereka menghalang penyeludupan timun laut, sirip hiu dan sarang burung pada 2020,” katanya.
Kekurangan pekerja
Presiden Persatuan Peniaga Sarang Burung Malaysia, Allen Tan juga berkata terdapat peningkatan dalam produk kesihatan.
“Wabak ini tidak banyak mempengaruhi tempahan eksport dan jumlah penjualan juga tidak banyak menurun.
“Sarang burung adalah suplemen kesihatan dan kerana pandemik, ramai yang mengambil produk untuk meningkatkan kesihatan mereka.
“Pada masa ini eksport sarang burung stabil dengan kenaikan sebanyak 20%,” katanya.
Tan berkata semasa PKP pada Mac tahun lalu, eksport tidak memuaskan tetapi meningkat selepas beberapa bulan.
“Sarang burung juga dijual secara dalam talian dan permintaan sentiasa ada.
“Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) juga membenarkan industri ini beroperasi sepanjang wabak melanda,” katanya.
Beliau berkata walaupun perniagaan baik, satu-satunya masalah dihadapi oleh industri sarang burung adalah kekurangan pekerja.
“Kami berharap dapat mengambil lebih ramai penduduk tempat untuk bekerja dalam industri pemprosesan sarag burung tetapi ada larangan pengambilan pekerja asing.
“Satu kilang pemprosesan memerlukan 100 pekerja dan untuk 10 kilang memerlukan 1,000 pekerja,” katanya.
Tan berharap mereka dapat mengambil lebih ramai penduduk tempatan untuk bekerja tetapi sukar disebabkan faktor gaji dan memenuhi syarat mereka.
“Kami berharap penduduk tempatan akan turut serta dan mereka dapat menghubungi persatuan kami.
“Kami akan memberikan latihan. Pekerja dapat memperoleh sekitar RM2,000 sebulan dengan kerja lebih masa,” katanya.
Chua juga bersetuju bahawa terdapat kekurangan dan keperluan pekerja mahir.
“Dalam tiga bulan terakhir, kilang pemprosesan saya sudah mengupah 100 penduduk tempatan untuk bekerja tetapi sekarang hanya tinggal 10 orang.
“Kami masih memerlukan lebih ramai pekerja kerana ada banyak tempahan. Dengan kekurangan tenaga kerja, kami hanya dapat menerima tempahan semasa dan tidak berani menerima tempahanbesar,” katanya.
Beliau berkata bahawa ketika ini industri kekurangan 10,000 pekerja. – 6 Februari, 2021.