Iklan

Lebih 5,000 kes pulih, dua kali ganda dari kes baharu Covid-19

Aminah Farid4 years ago16th Feb 2021Berita
1029f9c7-bb70-4b1e-b018-b9a1e43a5c29
Sebanyak 2,720 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kini 269,165. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 16 Februari, 2021.
Iklan

ANGKA kes pulih Covid-19 meningkat dua kali ganda dari jumlah jangkitan baharu hari ini apabila seramai 5,718 pesakit dibenarkan keluar dari hospital, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Sebanyak 2,720 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kini 269,165.

Manakala lapan kematian dicatatkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian seramai 983 orang.

Jumlah pesakit pulih dari koronavirus meningkat kepada 224,053, katanya.

Sementara itu terdapat 44,129 kes aktif dilaporkan. 

Selangor sekali lagi mendahului dengan 1.300 kes, diikuti oleh Johor dengan 451 kes dan Kuala Lumpur dengan 318 kes.

Sementara itu, Sabah melaporkan132 kes hari ini selepas turun dua digit semalam untuk pertama kalinya dalam beberapa bulan.

Sebanyak 57 kes yang dilaporkan berkaitan dengan kluster di penjara, lokap, dan depot tahanan imigresen.

Manakala bagi kes kematian, tiga dilaporkan di Kuala Lumpur, dua di Selangor, dan masing-masing satu di Sabah, Sarawak, dan Negeri Sembilan.

Sebanyak tujuh kes kematian melibatkan warganegara dan satu bukan warganegara.

Sementara itu, 253 pesakit kini di dalam unit rawatan rapi (ICU) di mana 118 daripadanya memerlukan alat sokongan pernafasan. – 16 Februari, 2021.

Iklan
Iklan