Iklan

14 dari 19 kluster baharu berkaitan tempat kerja

Aminah Farid4 years ago16th Feb 2021Berita
52fca0e4-ba52-41f6-833d-7a8921e1b943
Sebanyak 14 kluster berkaitan tempat kerja dikesan hari ini sementara empat kluster komuniti dan kluster berisiko tinggi dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 16 Februari, 2021.
Iklan

KEMENTERIAN Kesihatan mengenal pasti 19 kluster baharu hari ini dengan 14 daripadanya berkaitan dengan tempat kerja, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Daripada kluster bukan tempat kerja, empat adalah berkaitan komuniti dan satu melibatkan kluster berisiko tinggi.

Dr Noor Hisham berkata kluster baharu itu dikesan di Johor iaitu sebanyak empat kluster, Selangor (5), Sabah (2) dan Sarawak (5).

Penambahan kluster yang dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kluster keseluruhan sebanyak 1,015 sejak wabak bermula. 

Dr Noor Hisham berkata sebanyak sembilan kluster tidak lagi aktif hari ini, menjadikan jumlah kluster di bawah pengawasan menjadi 499.

Sementara itu, semua kluster bukan tempat kerja dilaporkan di Sarawak, dengan setiap kluster di Gelong, Kidurong Dua, Kampung Sungai Maong, Univista dan Jalan Gerongang.

Kesemua 19 kluster yang dilaporkan hari ini mencatatkan kurang daripada 20 kes.

Kluster dengan jumlah kes baru tertinggi hari ini adalah kluster Damar (201 kes), kluster Segambut Road (173 kes), dan kluster Industri Siber (161 kes). – 16 Februari, 2021.

Iklan
Iklan