Iklan

PKPB dilanjut di Selangor, KL dan 4 negeri lain sehingga 31 Mac, kata Ismail

Elill Easwaran4 years ago16th Mar 2021Berita
Covid-19 dailylife 20210315 hasnoor 005
PKPB dilanjutkan di Selangor, Kuala Lumpur dan empat negeri lain sehingga 31 Mac susulan jumlah kes Covid-19 yang tinggi. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 16 Mac, 2021.
Iklan

PERINTAH Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilanjutkan di Selangor, Kuala Lumpur dan empat negeri lain sehingga 31 Mac, kata Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob hari ini.

Negeri-negeri lain adalah Johor, Pulau Pinang, Kelantan dan Sarawak, kata menteri pertahanan pada sidang media hari ini.

“PKPB dilanjutkan di enam negeri ini kerana jumlah kes Covid-19 yang tinggi,” katanya.

Lanjutan dibuat atas nasihat Kementerian Kesihatan, tambahnya.

PKPB di negeri-negeri ini akan berkuatkuasa dari 19 sehingga 31 Mac kecuali Sarawak yang akan berkuatkuasa mulai hari ini sehingga 29 Mac.

Beliau menambah bahawa Kedah, Perak dan Negeri Sembilan akan berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) mulai Jumaat.

Ismail Sabri juga berkata bahawa perjalanan rentas negeri masih tidak dibenarkan kecuali aktiviti pelancongan bagi negeri-negeri PKPP menerusi konsep gelembung hijau menggunakan syarikat dan ejen pelancongan yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian.

Malaysia mencatatkan 1,063 kes Covid-19 hari ini, angka harian terendah untuk tahun ini.

Selangor mencatat jumlah tertinggi antara negeri dengan 323 kes baharu diikuti oleh Sarawak dengan 183 dan Pulau Pinang dengan 175. Negeri-negeri lain mencatatkan kurang dari 100 kes baharu. – 16 Mac, 2021.

Iklan
Iklan