Iklan

Tiada siapa janji PRU diadakan tahun ini, kata Azmin

Elill Easwaran4 years ago26th Mar 2021Berita
Azmin ali tmikamal 03
Menteri Kanan Mohamed Azmin Ali meminta semua pihak tidak menyalahkan kerajaan susulan penangguhan Undi18 dan daftar automatik pengundi. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 26 Mac, 2021.
Iklan

KEBENARAN belia berusia 18 tahun mengundi serta pendaftaran pemilih automatik akan diperkenalkan September tahun depan, kerana pilihan raya umum berikutnya dijangka tiada hingga 2023, kata Menteri Kanan Mohamed Azmin Ali hari ini.

“Tiada siapa berjanji pilihan raya berikutnya adalah pada 2020 atau 2021,” katanya kepada wartawan dalam sebuah acara di Hotel Concorde Shah Alam.

Beliau berkata keadaan seperti pandemik Covid-19 menyebabkan penangguhan.

“Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah menyebut terdapat penundaan kerana perintah kawalan pergerakan (PKP). Jadi, jangan menyalahkan kami atas penangguhan itu,” katanya, merujuk kepada kenyataan SPR semalam.

“Perikatan Nasional (PN) menyokong sumbangan besar golongan muda kepada demokrasi.”

SPR semalam mengumumkan pelaksanaan RUU Undi18 ditangguhkan kepada September 2022.

SPR berkata sekatan pergerakan terhadap Covid-19 menyebabkan penangguhan.

Tarikh akhir baharu itu lebih setahun berbanding jadual asal dijanjikan oleh Menteri Undang-undang Takiyuddin Hassan, yang berkata pelaksanaannya akan selesai menjelang Julai tahun ini.

Pengumuman SPR menyebabkan protes termasuk di Twitter, dengan pengguna mengecam suruhanjaya itu dan kerajaan PN menggunakan hashtag #PNipu yang merujuk kepada kerajaan sebagai pembohong.

Seorang menteri PN, Khairy Jamaluddin daripada Umno, juga mengecam SPR kerana memberikan alasan tidak dapat diterima susulan penangguhan itu.

Umur minimum pengundi diturunkan kepada 18 berbanding 21 tahun sebelum ini selepas Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2019 diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 16 Julai 2019, diikuti dengan persetujuan Dewan Negara pada 25 Julai 201. – 26 Mac, 2021.

Iklan
Iklan