Iklan

Malaysia catat 1,199 kes baharu

Elill Easwaran4 years ago27th Mar 2021Berita
Covid-19 20200226 hasnoor 006
Malaysia mencatatkan penurunan kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lepas. - Gambar fail The Malaysian Insight, 27 Mac, 2021.
Iklan

MALAYSIA mencatatkan 1,199 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lepas, kata Dr Noorhisham Abdullah.

Ketua pengarah kesihatan berkata Selangor merekodkan jumlah kes paling  tinggi dengan 238 kes.

Ia disusuli Sarawak dengan 267 kes dan Kelantan 138 kes.

Pertambahan kes baharu hari ini menjadikan jumlah kes terkumpul sebanyak 340,642.

Bagi kes baharu di negeri lain, Pulau Pinang mencatatkan 125 kes, Kuala Lumpur (84), Johor (81), Sabah (64), Negeri Sembilan (43), Melaka (36),Kedah (33), Kelantan (30), Pahang (30) and  Perak (sembilan). 

Dua kematian turut dicatatkan hari ini menjadikan keseluruhan korban akibat Covid-19 meningkat kepada 1,251 kes.

Kes kematian hari ini melibatkan seorang rakyat tempatan dari Sabah dan seorang warga asing di Pulau Pinang.

Sebanyak 1,257 kes pulih direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan keseluruhan kes pulih berjumlah 325,182 kes.

Daripada 14,209 kes aktif, 167 ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 72 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan. - 27 Mac 2021.

Iklan
Iklan