Iklan

PKPD di Penjara Tapah dilanjutkan sehingga 12 April

Elill Easwaran4 years ago28th Mar 2021Berita
49931271257 1f32f14c70 o
Bagaimanapun, PKPD di kuarters petugas penjara akan berakhir pada 29 Mac, katanya. – Gambar fail The Malaysian Insight, 28 Mac, 2021.
Iklan

PERINTAH kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) di Penjara Tapah di Batang Padang, Perak akan dilanjutkan sehingga 12 April, kata Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob.

Lanjutan itu dibuat setelah Kementerian Kesihatan mendapati jangkitan Covid-19 masih berterusan di penjara itu.

Bagaimanapun, PKPD di kuarters petugas penjara akan berakhir pada 29 Mac.

“Pada 25 Mac, Kementerian Kesihatan telah membuat 3,787 ujian saringan dan dari jumlah tersebut, 834 kes positif Covid-19 telah direkodkan di penjara.

“Kementerian mengesahkan masih ada jangkitan melibatkan tahanan dengan 27 kes positif dilaporkan semalam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Majlis Keselamatan Negara juga telah melaksanakan PKPD di Pusat Jagaan Rohaniah, Sekolah Integrasi Ikhwan, Kg. Gong Kulim, Mukim Semerak, Pasir Puteh, Kelantan bermula 29 Mac sehingga 11 April 2021.

Ismail berkata, setakat ini 25 kes positif Covid-19 telah direkodkan di kawasan itu.

Sementara itu, beliau berkata 107 individu ditangkap kerana melanggar SOP PKP semalam, dan dari jumlah ini, 89 dikompaun dan 18 direman. – 28 Mac, 2021.

Iklan
Iklan