Iklan

4 direman disyaki terima rasuah komisyen RM8 juta

Kalidevi Mogan Kumarappa4 years ago31st Mar 2021Berita
Sprm
Mereka disyaki menerima rasuah kira-kira RM8 juta dalam mata wang Singapura sebagai komisyen untuk meluluskan permohonan pinjaman RM400 juta bagi projek yang dipercayai tidak wujud, kata sumber. – Gambar fail The Malaysian Insight, 31 Mac, 2021.
Iklan

SEORANG bekas presiden sebuah syarikat ditahan reman tiga hari oleh agensi anti rasuah bagi membantu siasatan berhubung kes pinjaman kewangan berjumlah RM400 juta untuk sebuah projek yang tidak wujud.

Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata beliau ditahan berasingan bersama tiga lagi individu lain.

“Semua suspek berusia 49 hingga 53 tahun ditahan di sekitar Kuala Lumpur semalam,” kata sumber.

Mereka disyaki menerima rasuah kira-kira RM8 juta dalam mata wang Singapura sebagai komisyen untuk meluluskan permohonan pinjaman RM400 juta bagi projek yang dipercayai tidak wujud, tambah sumber.

“Ini satu perbuatan licik dengan kerjasama orang dalam iaitu dengan sengaja mewujudkan projek yang tidak sah dengan tujuan untuk memohon pinjaman kewangan.

“Setelah pinjaman kewangan diluluskan dan wang diperolehi, syarikat yang memohon telah ditutup dan projek tidak dilaksanakan,” katanya.

Kata sumber, bekas presiden syarikat itu dikatakan telah memberikan keistimewaan meluluskan pinjaman tersebut tanpa mengikut prosedur dan kajian kebolehlaksanaan disebabkan rasuah diterima. 

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut. 

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 16 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. – 31 Mac, 2021.

Iklan
Iklan