Iklan

Tulus Digital sasar kumpul RM2.4 juta untuk pelarian di Malaysia

Aminah Farid4 years ago7th Apr 2021Berita
Tulus unhcr
Wakil UNHCR di Malaysia, Thomas Albrecht, dan CEO Tulus Digital, Ahmad Azrin Zainal Abidin semasa majlis menandatangani kerjasama aplikasi mudah alih pengumpulan dana untuk pelarian di Malaysia. – Gambar UNCHR, 7 April 2021.
Iklan

SEBUAH syarikat  teknologi kewangan sosial Islam, Tulus Digital bekerjasama dengan Suruhanjaya Tinggi PBB untuk Pelarian (UNHCR) untuk mengumpul dana bagi komuniti pelarian di Malaysia.

Baru-baru ini ia melancarkan aplikasi mudah alih dengan nama yang sama dan melaluinya, yang bertujuan mengumpulkan RM2.4 juta atau AS$600,000 untuk program UNHCR berhubung kesihatan dan pendidikan pelarian, serta UNHCR bagi menjalankan program antikeganasan berdasarkan gender.

Pengarah Eksekutif Tulus Digital, Ahmad Azrin Zainal Abidin berkata melalui kerjasama ini, UNHCR dapat meluaskan kumpulan penderma.

Bagi mengumpulkan jumlah yang diinginkan, Tulus akan bekerjasama dengan UNHCR untuk melibatkan masyarakat dan rakan strategik bagi mencapai sasaran dalam beberapa tahun akan datang.

Sementara itu, wakil UNHCR Thomas Albrecht berkata sokongan pendidikan akan diberikan untuk menyediakan pelajar pelarian dengan sekolah rendah dan menengah dengan elaun pengangkutan, bahan persekolahan, dan peralatan lain.

Mengenai penjagaan kesihatan, Thomas berkata UNHCR akan terus bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan, untuk memastikan pelarian mendapat akses berpatutan untuk mendapatkan rawatan kesihatan di kemudahan kesihatan awam.

“Pada masa ini, pemegang dokumen UNHCR berhak mendapat potongan 50% daripada harga warga asing.

“Namun, ia masih tidak mampu ditampung oleh banyak pelarian kerana mereka tidak memiliki akses kepada pekerjaan yang sah dan bergelut untuk menjana pendapatan bagi diri sendiri dan keluarga mereka.”

Inisiatif kesihatan lain yang sedang diusakan adalah mempunyai klinik rakan NGO untuk pelarian. Klinik seperti ini akan menyediakan perkhidmatan penjagaan primer bersepadu, termasuk perkhidmatan kesihatan mental, pendidikan kesihatan masyarakat dan rawatan kedua.

Pengumpulan dan pengagihan dana Tulus bergantung kepada proses global UNHCR berhubung ketelusan dan perakaunan, kata Azrin.

Tetapi beliau tidak menyangka birokrasi akan menjadi banyak masalah kerana aktiviti tertentu sudah diperuntukkan untuk pembiayaan.

“Ini bermakna, sebaik sahaja wang diberi, UNHCR akan dapat melaksanakannya segera tidak lama selepas itu,” katanya.

Pada Januari 2021, terdapat sekitar 178,710 pelarian dan pencari suaka yang berdaftar dengan UNHCR di Malaysia.

Sebanyak 68% pelarian dan pencari suaka adalah lelaki, sementara 32% adalah wanita, dan 45,630 adalah kanak-kanak di bawah usia 18 tahun. – 7 April, 2021.

Iklan
Iklan