Iklan

PKPD di empat kawasan di Sabah

Elill Easwaran4 years ago9th Apr 2021Berita
49932175597 3db1884d53 o
Semalam 94 orang ditahan kerana melanggar PKP semalam dan dari jumlah itu, 93 orang dikenakan kompaun dan seorang direman, kata Ismail Sabri. – Gambar fail The Malaysian Insight, 9 April, 2021.
Iklan

EMPAT kawasan di Sabah telah ditempatkan di bawah perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) berikutan lonjakan drastik kes Covid-19, kata Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob.

“PKPD akan bermula esok dan berakhir pada 23 April,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, Kementerian Kesihatan telah melakukan 38 ujian saringan dan dari jumlah itu, lima kes positif Covid-19 dilaporkan di kampung Gayang di Tuaran.

Tiga kawasan lain yang akan diletakkan di bawah PKPD adalah Institut Latihan Industri (ILP), Taman Permata dan Taman Seri Labuk di Sandakan.

“KKM telah membuat 88 ujian saringan di ILP dan dari jumlah itu, tujuh kes positif Covid-19 dikesan.

“Lima kes positif dikesan di Taman Permata dan lima lagi di Taman Seri Labuk,” kata Ismail.

Sementara itu, 94 orang ditahan kerana melanggar PKP semalam dan dari jumlah itu, 93 orang dikenakan kompaun dan seorang direman.

Kesalahan itu melibatkan premis yang beroperasi lebih masa (44), perjalanan antara daerah/negeri tanpa kebenaran (17), tidak memakai pelitup muka (15), kurangnya penjarakan fizikal (sembilan), gagal menyediakan alat untuk merakam butir-butir pelanggan (enam) dan aktiviti pusat hiburan (tiga).

Ismail juga berkata 14 pendatang tanpa izin ditahan, dan tujuh kenderaan darat telah disita. – 9 April, 2021.

Iklan
Iklan