Iklan

Perikatan mula runding kerusi PRU15 tanpa Umno

Khoo Gek San4 years ago12th Apr 2021Berita
Perikatan nasional (2)
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin meminta senarai kerusi yang mahu ditandingi pada PRU15 sebaik sahaja Umno memutuskan hubungan dengan Bersatu dan Perikatan Nasional bulan lalu.– Gambar fail The Malaysian Insight, 12 April, 2021.
Iklan

SEJURUS selepas Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2020 berakhir penghujung bulan lalu, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin meminta semua parti Perikatan Nasional (PN) menyerahkan senarai kerusi yang mereka mahu bertanding untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU), kata sumber gabungan itu.

Beliau mahukan senarai, malah lebih cepat lebih baik, setelah PAU mengesahkan keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Bersatu dan PN pada PRU15.

Muhyiddin mahu parti-parti PN, Bersatu yang dipimpinnya, PAS, Gerakan dan parti di Sabah STAR dan SAPP memastikan antara mereka, mereka dapat merangkumi semua 222 kerusi di Parlimen. Di Sarawak, tidak ada parti PN namun gabungan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dilihat sebagai sekutu.

PN telah memutuskan dalam mesyuarat selepas PAU ianya akan bertanding di semua 222 kerusi tanpa Umno. Oleh itu, rundingan kerusi perlu dimulakan secepat mungkin. Pilihan raya umum dijangkakan selepas bulan Ogos, selepas darurat ditarik.

“PN memutuskan bergerak tanpa Umno dan tidak membenarkan keputusan Umno itu menghalang persiapan kita untuk PRU15,” kata sumber gabungan itu kepada The Malaysian Insight.

Seperti difahami tentang parti-parti dalam PN, iaitu Bersatu, PAS dan Gerakan akan memberi tumpuan kepada kerusi-kerusi di Semenanjung, manakala STAR, SAPP di Sabah sementara di Sarawak, GPS perlu putuskan strategi pilihan rayanya sendiri.

PAS dan Bersatu akan memberi tumpuan kepada kerusi majoriti Melayu-Islam, tetapi di negeri-negeri pantai timur di mana parti Islam itu kuat, kedua-dua parti harus mengkaji semula pertindihan dan melihat di mana Bersatu boleh.

Perhimpunan Agung Umno 2020 bulan lalu memuktamadkan parti itu memutuskan hubungan dengan Bersatu dan menarik diri dari PN pada PRU15.– Gambar fail The Malaysian Insight, 12 April, 2021.

Mengelakkan pertembungan tiga penjuru

Oleh kerana kedua-dua parti Melayu-Islam dalam PN, PAS dan Bersatu juga perlu lihat kerusi lain di mana pertindihan dan pertembungan tiga penjuru dengan Umno pernah berlaku sebelum ini.

Salah satu contoh ketara adalah Pagoh di Johor, kerusi Muhyiddin untuk sembilan penggal. Kerusi itu adalah medan tradisional antara Umno dan PAS. Ia menyaksikan pertembungan tiga penjuru pada 2018 ketika Bersatu dalam Pakatan Harapan (PH).

Bagaimanapun, PAS tidak mempunyai rekod prestasi yang baik di Johor dan secara konsisten kalah dalam setiap pertembungan menentang Muhyiddin.

Oleh itu, sumber itu berkata PN mungkin dapat mengelakkan pertembungan tiga penjuru di kerusi seperti itu.

Di Johor, selain Pagoh, kerusi persekutuan lain yang menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Bersatu, PAS dan Umno dalam pilihan raya lalu adalah Muar, Mersing, Tenggara dan Pontian.

Di tempat lain adalah Padang Besar dan Arau di Perlis; Jerlun, Kubang Pasu, Pendang, Jerai, Baling, dan Langkawi di Kedah.

Langkawi dimenangi oleh Bersatu di bawah PH pada 2018 oleh Dr Mahathir Mohamad yang kini mengetuai parti baharu, Pejuang, setelah dipecat dari Bersatu dan PH digulingkan oleh kerajaan persekutuan.

Kerusi persekutuan lain di mana pertembungan pelbagai penjuru pernah berlaku yang melibatkan Bersatu, PAS dan Umno:

  • Tumpat, Bachok, Ketereh, Pasir Mas, Machang, Jeli dan Gua Musang di Kelantan;
  • Besut, Setiu, Hulu Terengganu, dan Dungun di Terengganu
  • Tasek Gelugor di Pulau Pinang;
  • Gerik, Lenggong, Larut, Bagan Serai, Bukit Gantang, Tambun dan Pasir Salak di Perak;
  • Lipis, Jerantut, Paya Besar, Pekan, Maran, dan Kuala Krau di Pahang;
  • Sabak Bernam, Sungai Besar dan Tanjung Karang di Selangor;
  • Titiwangsa dan Putrajaya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur;
  • Jempol dan Kuala Pilah di Negeri Sembilan; dan
  • Masjid Tanah di Melaka.

Sumber itu berkata jawatankuasa bersama PN di peringkat negeri dan daerah sudah bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya.

“Ini termasuk manifesto pilihan raya yang tidak akan menipu pengundi tidak seperti PH pada 2018, yang tidak mereka tunaikan. PN akan pastikan semua janjinya dapat ditunaikan sebelum memasukkannya dalam manifesto.” – 12 April, 2021.

Iklan
Iklan