PKPB dilanjutkan di KL, 5 negeri
Iklan
PERINTAH Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang, Kelantan dan Sarawak akan dilanjutkan sehingga 28 April, kata Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob.
Ini disebabkan oleh lonjakan kes dan atas nasihat Kementerian Kesihatan, katanya.
Enam negeri tersebut telah ditempatkan di bawah PKPB sejak 5 Mac dan telah dilanjutkan setiap dua minggu kerana jumlah kes harian Covid-19 yang tinggi.
Lapan negeri lain - Perak, Pahang, Terengganu, Melaka, Perlis, Sabah, Kedah, Negeri Sembilan - serta Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya berada di bawah PKP Pemulihan (PKPP).
Ismail Sabri turut berkata perjalanan rentas negeri masih tidak dibenarkan kecuali aktiviti pelancongan bagi negeri-negeri PKPP melalui konsep gelembung perjalanan hijau menggunakan syarikat dan ejen pelancongan yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian.
Malaysia hari ini melaporkan 1,317 jangkitan Covid-19 baharu, dengan kes baharu menjadikan jumlah kumulatif 362,173. Ini dibandingkan dengan 1,052 orang yang pulih dari Covid-19.
Empat orang mati akibat Covid-19 dalam 24 jam terakhir ini, menjadikan angka kematian 1,333.
Sarawak menjadi negeri tertinggi dengan 351 kes baharu, diikuti Selangor (303) dan Kuala Lumpur (116). – 12 April, 2021.