Iklan

Kolej, institut latihan antara 4 kawasan dikenakan PKPD mulai esok

Elill Easwaran4 years ago16th Apr 2021Berita
49930527718 9994110503 b
Empat kawasan akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Dipertingkatkan (PKPD) mulai esok sehingga 30 April ini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 16 April, 2021. 
Iklan

SEBUAH kolej dan institut latihan antara dua dari empat kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Dipertingkatan (PKPD) berikutan lonjakan drastik kes Covid-19, kata Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob.

PKPD akan bermula esok dan berakhir pada 30 April.

Kolej Tahfiz Sains Nurul Aman di Kota Bharu, Kelantan dan Institut Aminuddin Baki serta kuaters kakitangan di Bentong, Pahang menyaksikan peningkatan jangkitan kes, kata menteri kanan itu dalam satu kenyataan hari ini.

Kolej Tahfiz Sains Nurul Aman mencatatkan 31 kes positif yang dikesan daripada 56 saringan.

Sementara itu sebanyak 15 kes Covid-19 dikesan di Institut Aminuddin Baki hasil daripada 420 saringan.

Dua kawasan lain ialah Taman Tawau Lama dan Kampung Batu Payung di Tawau, Sabah.

Di Taman Tawau Lama, Kementerian Kesihatan menjalankan sembilan ujian saringan dan lima orang disahkan dijangkiti Covid-19.

Di Kampung Batu Payung, lapan orang disahkan positif daripada 12 orang yang disaring.

Mengenai pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Ismail Sabri berkata seramai 82 orang ditangkap dan didenda semalam.

Kesalahan itu termasuk tidak memakai topeng muka (21), gagal merekdokan maklumat peribadi/premis daftar masuk (15), tidak ada penjarakan fizikal (14), aktiviti pusat hiburan (2) dan lain-lain (30). – Bernama, 16 April, 2021. 

Iklan
Iklan