Peningkatan kluster Covid-19 beri tekanan pada pelajar, ibu bapa, kata pakar
Iklan
PENINGKATAN kluster Covid -19 melibatkan institusi pendidikan mempengaruhi kesihatan mental ibu bapa dan pelajar, kata pakar psikologi.
Selain bimbang tentang keselamatan anak di sekolah, ibu bapa juga bergelut antara pekerjaan mereka dan pelajaran dalam talian untuk anak-anak yang memerlukan pengawasan.
Bagi Christina Chia, mengawasi dua anaknya, seorang di sekolah rendah dan seorang di sekolah menengah, sangat memenatkan.
Anaknya yang bersekolah menengah perlu bergilir antara pembelajaran dalam talian dan kelas bersemuka, manakala yang bersekolah rendah hadir ke sekolah setiap hari.
Chia yang berusia 36 tahun juga sering memeriksa kumpulan WhatsApp ibu bapa sekolah untuk mengetahui perkembangan jangkitan Covid-19, dan hanya merasa lega apabila anaknya pulang ke rumah dan menamatkan sesi persekolahan.
“Kebimbangan saya bertambah apabila ada jangkitan baharu Covid-19 di sekolah. Sudah sampai tahap yang mana saya pertimbang untuk dapatkan bantuan untuk kesihatan mental saya,” kata Chia.
Jumlah kluster Covid-19 sektor pendidikan meningkat dua kali ganda dalam seminggu setakat 17 April, kata Menteri Kesihatan Dr Adham Baba pada sidang media mingguan vaksinasi virus itu.
49 kluster aktif direkodkan dari institusi pendidikan. Jumlah ini sekitar 18% daripada semua kluster aktif. Penularan tempat kerja dan komuniti masih yang tertinggi.
Wabaj disekolah dan institusi pendidikan juga menyebabkan semua sekolah di zon merah Sarawak ditutup dua minggu erkuatkuasa 20 April, manakala 19 sekolah di daerah Petaling di Selangor turut diarahkan tutup susulan penularan baharu.
Ibu tunggal, Jenny bimbang wabak di sekolah anaknya dan beliau tidak mampu meninggalkan kerja untuk berada di rumah.
“Jika sekolah ditutup, saya akan minta ibu bapa saya bantu menjaga anak saya ketika saya bekerja. Nasib baik saya ada ahli keluarga yang boleh membantu.
“Namun ketidakpastian membuatkan saya cemas setiap hari. Anak saya juga enggan ke sekolah dan setiap hari saya perlu berdepan dengan masalah itu. Walaupun saya lebih memilih untuk pembelajaran dalam talian, saya juga bimbang ini akan memberi kesan kepada kemahiran sosial anak saya.”
Bagaimana ibu bapa dapat bantu anak dan diri sendiri
Pakar psikologi dan terapi memberitahu The Malaysian Insight, apa yang dihadapi oleh golongan ibu ini sama dengan kes yang mereka lihat sekarang.
Ada yang mengatakan mereka melihat peningkatan 50% pada pesakit yang merupakan ibu bapa dan anak-anak sejak perintah kawalan pergerakan kedua (PKP) awal tahun ini.
Kaunselor Lee Shae Nee berkata ibu bapa mesti menegaskan kepada anak-anak mereka bahawa mereka mempunyai ruang yang selamat untuk meluahkan.
Beliau juga mencadangkan empat cara ibu bapa dan anak-anak untuk saling terbuka antara satu sama lain.
Langkah pertama adalah menggunakan “termometer mood” untuk mengukur mood anak dan memeriksa tanda-tanda kegelisahan. Ini melibatkan membuat anak “menilai” bagaimana perasaan mereka pada masa ini dengan skor 0 hingga 10. Nombor digunakan sebagai alat pengukur kerana kanak-kanak mungkin tidak tahu bagaimana menyatakan perasaan mereka.
Lee berkata termometer ini dapat digunakan pada waktu pagi, setelah anak pulang dari sekolah, dan pada waktu malam, untuk memberi peluang kepada si anak untuk berbicara tentang perasaan mereka. – 22 April, 2021.
Berita penuh di sini.