Iklan

3 bazar Ramadan ditutup kerana gagal patuh SOP, kata Zuraida 

Elill Easwaran4 years ago23rd Apr 2021Berita
Ramadan baazar 20210414 hasnoor 001 (1)
Kerajaan membenarkan bazar Ramadan beroperasi walaupun kebanyakan negeri masih di bawah perintah kawalan pergerakan bersyarat.– Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 23 April, 2021.
Iklan

TIGA daripada 1,063 bazar Ramadan di seluruh negara telah ditutup kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19, kata Zuraida Kamaruddin. 

Beliau berkata terdapat peningkatan dalam pematuhan SOP walaupun timbul masalah pada awalnya. 

“Beberapa hari ketika permulaan bazar Ramadan, peniaga tidak begitu pentingkan SOP namun kini suka untuk saya katakan mereka dapat menguruskannya lebih baik,” kata menteri perumahan dan kerajaan tempatan.

Kerajaan membenarkan bazar Ramadan beroperasi walaupun kebanyakan negeri masih di bawah perintah kawalan pergerakan bersyarat.

Bercakap pada pemberita di sebuah majlis Bersatu di Kuala Lumpur, Zuraida berkata pengendali bazar Ramadan yang ditutup boleh membuat rayuan kepada keenterian sebaik sahaja meningkatkan pematuhan SOP. 

Bazar ini di bawah seliaan majlis tempatan di bawah kementerian itu. 

Minggu lalu, Menteri Kesihatan Dr Adham Baba berkata bazar Ramadan akan ditutup sekiranya terdapat kluster jangkitan Covid-19. 

“Sekiranya ada kluster bazar, Kementerian Kesihatan akan menjalankan siasatan menyeluruh menerusi rekod aplikasi My Sejahtera bagi mencari puncanya. 

“Mudah untuk kami mengesan punca atau permulaan jangkitan. Sekiranya penganjur tidak bertanggungjawab kami tida akan teragak-agak untuk mengenakan kompaun,” katanya. 

Semalam Malaysia merekodkan 2,875 kes Covid-19 dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan 384,688. 

Ini merupakan hari ke lapan berturut-turut jumlah kes jangkitan melepasi 2,000. 

Jumlah kes harian kekal empat angka dan meningkat sejak minggu lalu walaupun negara dikenakan darurat 100 hari sejak 12 Januari, yang dilaksanakan sebagai usaha untuk mengekang penularan virus. – 23 April, 2021.


 

Iklan
Iklan