Iklan

Maria Chin lancar kelas tuisyen percuma untuk murid B40

Elill Easwaran4 years ago24th Apr 2021Berita
Tuisyen maria chin
Tuisyen percuma ‘Tuition For A Cause' dilancarkan untuk memberi kemudahan kepada murid dari kumpulan B40 yang tidak dapat mengikuti pembelajaran dalam talian kerana tiada peranti dan akses internet. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 24 April, 2021.
Iklan

MURID sekolah dari golongan B40 di daerah Petaling Jaya mulai kini berpeluang mengikuti tuisyen percuma ‘Tuition For A Cause’ yang diusahakan ahli Parlimen mereka, Maria Chin Abdullah.

Maria yang ditemui pada majlis pelancaran pagi tadi berkata program tersebut bermatlamat untuk memberi kemudahan kepada murid dari kumpulan B40 yang tidak dapat mengikuti pembelajaran dalam talian kerana tiada peranti dan akses internet.

“Sebab itu program ini diwujudkan. Buat masa ini 62 murid berumur dari 7 hingga 17 tahun sudah mendaftar untuk mengikuti tuisyen percuma ini,” katanya pada majlis di Dewan Masyarakat MBPJ Seksyen 17 hari ini, sambil menambah kebanyakan murid dari Seksyen 17 dan Kg Baru Damansara.

Program tuisyen percuma yang diusahakan Maria bersama Ahli Majlis Petaling Jaya Bryan Ng Yih Min ini menerima sumbangan peranti dan talian internet dari YTL Foundation.

Kelas tuisyenn diadakan pada setiap Sabtu selama 90 minit.

Ng yang juga hadir pada majlis perasmian berkata untuk mengekalkan jarak fizikal, hanya lapan murid dibenarkan menghadiri kelas secara semuka, manakala selebihnya melalui aplikasi Zoom.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Maria Chin Abdullah ditemui pemberita pada majlis pelancaran ‘Tuition For A Cause' hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 24 April, 2021.

Guru sukarelawan Andrew Chai berkata melalui program tersebut murid dapat mengikuti pembelajaran dengan lancar selepas hampir setahun sekolah ditutup sebelum ini.

“Kebanyakan murid ini tiada peranti dan mengalami masalah kewangan. Mereka akan mendapat banyak manfaat walaupun kelas hanya sekali seminggu,” kata Chai, 26, yang bekerja sebagai penganalisis data di sebuah bank.

Seorang lagi sukarelawan, Moses Veda, 23, berkata beliau melihat tugas mengajar murid-murid B40 ini sebagai satu tanggungjawab.

“Saya tidak sabar untuk bantu murid-murid ini. Guru-guru diberi tempoh dua minggu dari sekarang untuk bersiap sedia sebelum kelas bermula 8 Mei.” – 24 April, 2021.

Berita penuh di sini.

Iklan
Iklan