2,776 kes baharu Covid-19, Selangor paling banyak jangkitan
Iklan
MALAYSIA mencatatkan 2,776 kes baharu Covid-19 dalam 24 jam terakhir, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.
Katanya, dengan kes terbaharu ini, jangkitan kini berjumlah 395,718, dengan kes aktif 24,713.
Dr Noor Hisham berkata, negara melaporkan 1,803 kes pulih hari ini, menjadikan jumlah pulih negara 369,556.
Katanya, dengan 13 kematian dilaporkan hari ini, jumlah kematian kini sebanyak 1,449 orang.
Hari ini adalah hari ke-12 berturut-turut jangkitan harian berjumlah lebih 2,000.
Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, Selangor mencatatkan jumlah kes tertinggi sebanyak 762, diikuti Sarawak dengan 615.
Dr. Noor Hisham berkata, dari kes-kes di Selangor, sebanyak 577 kes adalah dari kluster dan pemeriksaan kontak rapat bagi kes positif Covid-19.
Negeri selebihnya, seperti Kelantan merekodkan 343 kes diikuti Johor (309), Kuala Lumpur (254), Pulau Pinang (123), Negeri Sembilan (112), Sabah (88), Perak (45), Kedah (39), Melaka (34), Pahang (34), Terengganu (9), Putrajaya (7) dan Labuan (2).
Perlis satu-satunya negeri yang tidak merekodkan kes baharu hari ini.
Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, 13 kematian hari ini adalah individu berisiko yang mempunyai sejarah kesihatan kronik.
Katanya kini terdapat 300 pesakit yang dirawat di unit rawatan rapi, dengan 133 daripada mereka memerlukan akat bantuan pernafasan. – 26 April, 2021.