Putrajaya sekat penerbangan dari India, elak varian baharu, kata Ismail Sabri
Iklan
PUTRAJAYA sekat semua penerbangan keluar masuk dari India mulai 28 April bagi mencegah penularan varian baharu Covid-19 di Malaysia, kata Ismail Sabri Yaakob.
Menteri Kanan itu berkata setiap pelancong yang memulakan perjalanan di India atau transit di negara ini tidak akan dibenarkan masuk ke Malaysia.
“Walau bagaimanapun, pengecualian hanya akan diberikan kepada warganegara Malaysia sahaja,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Media antarabangsa baru-baru ini melaporkan ibu kota India mengumumkan perintah pergerakan berikutan gelombang baharu Covid-19 dengan lebih 200,000 kes harian dilaporkan, dipercayai berpunca daripada varian mutan berganda Covid-19.
Ismail berkata kapal terbang dengan sejarah perjalanan dari India dalam tempoh 14 hari tidak dibenarkan melakukan prosedur pendaftaran di Malaysia kecuali kru Malaysia yang perlu menjalani perintah kuarantin selama 14 hari.
Katanya, Putrajaya juga akan melaksanakan sekatan sementara bagi kemasukan pekerja asing dari India yang mempunyai pas lawatan kerja sementara (PLKS) sah.
“Kerajaan juga bakal melaksanakan sekatan sementara kemasukan pekerja asing dari India yang ada pemegang pas lawatan kerja sementara (PLKS) yang masih sah,” kata menteri kanan itu.
Sabtu lalu, Ismail Sabri mengumumkan Malaysia telah memperketat garis panduan masuknya bagi pelancong luar negara bagi mengekang penularan varian baharu Covid-19.
Beliau berkata berkata, antara garis panduan itu adalah membuat ujian saringan tiga hari sebelum perjalanan, tempoh kuarantin dipanjangkan dari 10 hari menjadi 14 hari dan pelancong perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP), undang-undang dan peraturan ditetapkan kerajaan.
“Mereka juga perlu mengambil ujian saringan kedua pada hari ke-10 kuarantin,” katanya.
Ismail Sabri berkata ini bagi mencegah penyebaran varian baharu dari pelancong yang pulang dari negara dijangkiti dengan varian baharu Covid-19.
Katanya, berdasarkan laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), buat masa ini ada tiga jenis Varian Yang Membimbangkan (VOC), iaitu B.1.351 pada awalnya dilaporkan di Afrika Selatan, B.1.1.7 di United Kingdom dan B.1.1.28 atau P1 di Brazil dan Jepun. – 26 April, 2021.