Iklan

Beratur panjang, jualan perlahan dan e-dompet di bazar Ramadan

Aminah Farid4 years ago27th Apr 2021Berita
Ramadan baazar 20210414 hasnoor 007
Bazar Ramadan dibenarkan beroperasi tahun ini dengan sistem giliran disediakan di setiap lokasi, menyebabkan pelanggan terpaksa beratur panjang. – Gambar fail The Malaysian Insight, 27 April, 2021.
Iklan

BAZAR Ramadan tahun ini menawarkan pengalaman baharu bagi peniaga dan pelanggan kerana perubahan berlaku akibat pandemik Covid-19.

Berikutan penangguhan bazar tahun lalu, tahun ini kedai makan pada bulan puasa mula beroperasi, kali ini dengan protokol kesihatan baharu.

Ini bermaksud pemeriksaan suhu ketat, gerai sedikit dan jumlah pengunjung berkurangan – semuanya bertujuan mengekang penularan virus di tempat sesak, dan tidak dapat tidak keadaan itu mengurangkan jualan dan pendapatan peniaga.

Namun, ada sinar bagi situasi itu, ketika peniaga mula bertukar arah menggunakan transaksi tanpa tunai bagi mengurangkan kontak dengan manusia, sekali gus mengehadkan kemungkinan terkenanya jangkitan.

Bagi membantu peniaga menjalankan perniagaan mereka dengan selamat, Shopee Malaysia memperkenalkan dompet mudah alih bersepadu, ShopeePay – kaedah pembayaran tanpa tunai menawarkan pengguna akses mudah ke perkhidmatan pembayaran digital dan pulangan wang tunai – di bazar Ramadan dan Aidilfitri terpilih.

Alain Yee, ketua ShopeePay Malaysia, memberitahu The Malaysian Insight reaksi itu sangat menggalakkan, terutamanya di kalangan peniaga.

“Ramai di antara mereka berminat menggunakan e-dompet, tetapi tidak tahu bagaimana,” katanya.

“Pasukan ShopeePay turun padang memberikan panduan kepada peniaga bagaimana e-dompet kami berfungsi dan program baucar pulangan wang tunai khas yang kami sediakan buat mereka tanpa sebarang kos.”

Yee berkata dompet mudah alih ShopeePay boleh didapati di bazar Ramadan di Bandar Sri Permaisuri, Cheras dan Presint 3, Putrajaya serta bazar Aidilfitri di Lorong Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Katanya, dalam tempoh dua minggu saja, hampir 300 peniaga bazar ini menggunakan ShopeePay, dan pada masa akan datang dijangka akan lebih banyak lagi.

Shopee juga menawarkan kadar diskaun pedagang (MDR) 0% untuk peniaga bazar.

“Maksudnya peniaga yang menggunakan dompet mudah alih kami bawa pulang 100% dari apa yang mereka perolehi daripada transaksi menggunakan dompet mudah alih kami,” kata Yee.

“Ia sama bagus dengan kumpul wang tunai dan transaksi anda semua direkodkan secara digital – menjadikan simpan kira lebih senang.”

ShopeePay turut membuat kempen baucar bazar wang tunai RM4 dengan perbelanjaan minimum RM8 setiap hari yang boleh dibeli dalam fungsi “Deals Near Me” pada aplikasi Shopee dengan harga 5 sen.

Deals Near Me adalah ciri online-to-offline (O2O) yang menggunakan perkhidmatan berdasarkan lokasi bagi membantu pengguna menemui baucar ShopeePay oleh peniaga termasuk kafe, restoran, perkhidmatan, dan kini bazar.

Ini bermaksud pengguna Shopee yang bekerja, berjalan kaki, atau  memandu dekat dengan bazar akan ditunjukkan tawaran pulangan tunai menarik yang ada di bazar.

“Pengguna kemudian boleh beli baucar ShopeePay Bazaar ini di aplikasi Shopee, dan tebus dengan segera di kedai yang terlibat untuk menikmati pulangan tunai RM4 apabila mereka membayar menggunakan ShopeePay.

“Ini akan diterjemahkan ke dalam penjualan buat peniaga bazar dan penjimatan buat pengguna Shopee.

“Pada masa sama, pengguna juga boleh mendapatkan wang tunai RM3 dengan perbelanjaan minimum RM15 setiap hari dengan menggunakan dompet mudah alih kami,” katanya.

Peniaga bazar Ramadan berkata jualan dan pengunjung tahun ini merosot, setelah tidak dapat mengambil bahagian dalam bazar tahun lalu kerana pandemik. – Gambar fail The Malaysian Insight, 27 April, 2021.

Jualan menurun

Bagaimanapun, beberapa peniaga bazar Ramadan berkata mereka melihat penurunan jualan dan pengunjung tahun ini setelah tidak dapat mengambil bahagian dalam bazar tahun lalu kerana pandemik.

Seorang penjual yang hanya ingin dikenali sebagai Awan berkata penjualannya tidak sama dengan tahun-tahun sebelumnya.

Awan yang berniaga di bazar Ramadan selama 21 tahun berkata pengalaman bazar tahun ini sangat berbeza kerana peniaga dan pengunjung terikat dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Bazar tahun ini menyaksikan jumlah pelanggan merosot separuh berbanding tahun lepas, tambahan dengan sistem giliran disediakan di setiap lokasi.

“Norma baharu ini sedikit sebanyak mempengaruhi jumlah pengunjung ke bazar sebab pelanggan lebih suka pergi ke tempat yang mudah dan cepat dibeli di mana tak perlu beratur panjang,” kata peniaga berusia 31 tahun yang menjual pelbagai hidangan di bazar di Subang Jaya dan Puchong.

Beliau bagaimanapun bersyukur apabila kerajaan mengumumkan bazar Ramadan diizinkan beroperasi.

“Bagi kita peniaga makanan jalanan, bulan ini membolehkan kita memperoleh pendapatan lebih berbanding bulan lain kerana tarikan pengunjung dan suasana bazar,” katanya.

Nizar Mohd Nasir, 30, peniaga yang menjual Asam Laksa Salmon dan sate di bazar Prima Saujana di Kajang berkata pengalamannya sebagai peniaga bazar Ramadan tahun ini sangat mengecewakan.

“Pada mulanya, kami rasa lega sebab kami fikir bazar akan dapat menjana banyak pendapatan dan mengimbangi kerugian kami dapat sejak pandemik bermulam tetapi ia tidak seperti yang kami harapkan,” kata Nizar yang mempunyai syarikat pelancongan tetapi tidak beroperasi kerana pandemik.

“Penjualan kami baik-baik saja, tapi sama sekali tidak capai sasaran kami. Dalam erti kata lain, pengalaman mengecewakan,” katanya.

Tambahnya, kebanyakan peniaga juga ada dalam talian supaya pelanggan boleh buat pesanan dan hantar tanpa perlu beratur di bazar.

“Walaupun seseorang boleh jangka dengan SOP baharu di mana jumlah vendor dikurangkan, tetap akan ada persaingan untuk menjual produk atau makanan kita, tapi pada masa sama, walaupun orang ramai, tetap tak seramai bazar Ramadan sebelum ini,” katanya menyuarakan kebimbangan sama seperti Awan.

“Mereka juga mengehadkan jumlah pelanggan di bazar dalam satu waktu, bagus bagi penjarakan sosial, tapi itu juga menyebabkan beratur panjang untuk orang masuk bazar,” katanya.

“Semua itu, baik Covid-19 atau SOP tetap tak boleh halang dari kemeriahan pengalaman di bazar Ramadan, di mana jeritan peniaga yang mempromosikan barang mereka meminta orang singgah, persahabatan antara peniaga dengan penganjur, pelanggan sibuk mencari makanan,” katanya.

Bibi Azuriana, 31, dari Subang Jaya yang menjual ayam Geprek di bazar di Subang memberitahu The Malaysian Insight, daripada segi SOP, lebih ramai orang patut masuk ke dalam bazar sebab ia kawasan terbuka.

“Kita hidup di dunia di mana semua orang bergegas kejar masa dan kita tak suka tunggu sampai sejam. Pengunjung juga mengadu tentang kurangnya pilihan di bazar dan tidak datang lagi.”

Walaupun pengalamannya di bazar tidak banyak berubah tahun ini, katanya tidak ramai orang seperti dulu sebab beratur panjang dan cuaca panas juga membuatkan penjualan perlahan dan tidak stabil. – 27 April, 2021.

Iklan
Iklan