Iklan

Tiada salah bincang lantikan pegawai polis, kata Hamzah

50085879587 64f6bc0fa0 b
Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin mengakui beliau di dalam perualan yang dibocorkan mengenai pelantikan pegawai tinggi polis. – Gambar fail The Malaysian Insight, 30 April, 2021.
Iklan

TIADA sebarang pelanggaran undang-undang berlaku dalam perbualan yang dibocorkan mengenai pelantikan pegawai tinggi polis, kata Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin.

Hamzah yang mengakui sebagai individu dalam perbualan tersebut menjelaskan, ia merupakan perbualannya mengenai Ketua Polis Negara (KPN) Abdul Hamid Bador pada tahun lalu.

“Tidak ada mirip-mirip, saya mengaku itu saya,” katanya dalam sidang media mengenai pelantikan KPN baharu di Kementerian Dalam Negeri hari ini.

Katanya, beliau memberitahu individu yang tidak dinamakannya itu bahawa Abdul Hamid perlu mengemukakan nama calon untuk jawatan tersebut kepadanya.

“Saya hanya meminta supaya KPN memberi nama kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA), salah ke?”

Beliau berkata, perbualan tersebut tidak menyalahi undang-undang berdasarkan kedudukannya sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) yang menentukan tugas-tugas polis.

“Tidak perlu untuk saya membuat laporan polis kerana saya tidak melakukan apa-apa kesalahan.

“Pokoknya adalah saya memberitahu seseorang yang penting, tidak salah untuk saya beritahu beliau dan kita buat perkara yang betul,” katanya.

Sebaliknya, pihak yang mengintip perbualan tersebut sebenarnya melanggar undang-undang, katanya.

“Saya menteri dalam negeri, jadi saya boleh lakukan dengan beberapa cara yang lain.

“Siapa yang rakam itu yang kita hendak tahu dahulu,” katanya.

 

Dalam perbualan tersebut, individu tidak dinamakan itu antara lain menyebut Yang di-Pertuan Agong mahu Timbalan Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Saani menggantikan Abdul Hamid.

Tanpa menyebut nama Abdul Hamid, individu berkenaan berkata KPN tersebut tidak lagi dapat memutuskan lantikan ketua polis negeri seperti amalan sebelum ini.

Pengakuan Hamzah itu dibuat selepas beliau menyerahkan surat pelantikan kepada Acryl Sani sebagai ketua polis negara ke-13.

Berikut transkrip perbualan Hamzah dengan individu berkenaan seperti dalam rakaman tersebut, yang seterusnya ditanda sebagai “Lelaki”.

Hamzah: Nak tak kalau I bagi orang kita, kena naik pangkat dia…

Lelaki: Hmmm…

Hamzah: Dan dia memang orang Perak, dia budak Ipoh apa semua, very good. Memang Tuanku akan suka dialah.

I’m now chairman of Suruhanjaya Perkhidmatan Polis. Kalau Tuanku kata okay, lagi bagus, because dia budak kita, budak Perak, family semua kat sana…

Lelaki: Okay.

Hamzah: Then it will be good for us. Because that’s why I will choose yang I know la siapa yang Tuanku okay apa semua..

Now kita nak letak pengarah-pengarah, because I’ve taken over… I’ve told him I said that you tak boleh ada choice, you hanya boleh bagi nama-nama…

Katalah aku (tidak jelas) lima orang, you let me know, we will decide.

Lelaki: Hmm.

Hamzah: Not for you to decide anymore like before. All the ketua polis negeri dia tak boleh decide. – 30 April, 2021.

Iklan
Iklan