Iklan

Tiada bukti Ganapathy dipukul dalam tahanan, kata polis

Elill Easwaran3 years ago30th Apr 2021Berita
Ipd gombak pc april 30, 2021 afif 04
Ketua Polis Daerah Gombak Arifai Tarawe pada sidang akhbar hari ini berkata Ganapathy Anpalagan tidak pernah mengadu kepada majistret dan doktor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abdul Halim, 30 April, 2021.
Iklan

TIDAK ada bukti menunjukkan Ganapathy Anpalagan dipukul ketika berada dalam tahanan, kata Ketua Polis Daerah Gombak Arifai Tarawe.

Katanya, Ganapathy juga tidak membuat aduan tentang dakwaan dipukul ketika dibawa ke mahkamah majistret atau hospital.

Arifai berkata Ganapathy, 40, yang meninggal dunia pada 8 April dibawa ke mahkamah sebanyak tiga kali dan empat kali ke hospital.

“Dia tidak pernah mengadu dipukul kepada majistret atau doktor,” kata Arifai pada sidang akhbar hari ini.

Katanya, polis melakukan siasatan selepas keluarga Ganapathy membuat laporan polis. – 30 April, 2021.

Berita penuh di sini.

Iklan
Iklan