Iklan

Pekerja pasar borong KL mahu diberi keutamaan vaksinasi

Khoo Gek San3 years ago8th May 2021Berita
50067164432 df05a2dfc9 b
Pekerja di pasar borong Kuala Lumpur di Selayang mahu diberi keutamaan vaksinasi selepas wabak ketiga Covid-19 dikesan di kawasan pasar berkenaan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 8 Mei, 2021.
Iklan

PEKERJA di pasar borong Kuala Lumpur di Selayang perlu diberi keutamaan vaksinasi selepas wabak ketiga Covid-19 dikesan di kawasan pasar, kata kumpulan pemborong.

Sehingga semalam, sebanyak 170 kes positif Covid-19 yang dikaitkan dengan penjual makanan laut dilaporkan. Ini sebahagian daripada 900 pekerja makanan laut sementara yang lain masih menunggu keputusan atau akan disaring.

Pasar borong ini mempunyai lebih 4,000 peniaga dan pekerja.

Presiden Persatuan Pemborong Ikan KL Hoi Seong Sing Kian Hock berkata penjual dan pekerja berharap Kementerian Kesihatan (KKM) dapat memberikan vaksin kepada mereka tidak lama lagi.

“Kami barisan hadapan membekalkan makanan laut, sayur-sayuran dan buah-buahan di pelbagai negeri.

“Semasa pertemuan dengan pegawai KKM, kami menyatakan bahawa semua 4,000 pekerja pasar tidak dapat menjalani saringan secara kerap kerana kosnya lebih sejuta ringgit untuk semua orang.

“Agak sulit juga untuk memastikan penjarakan fizikal di pasar. Ada ramai orang keluar masuk. Jika tak ada orang, tak ada perniagaan,” katanya.

Setakat ini hanya pemborong dan pekerja makanan laut yang diperiksa Covid-19.

Sing berkata dia berharap pemborong produk lain juga mengambil inisiatif untuk menjalani pemeriksaan. – 8 Mei, 2021.

Berita penuh di sini.

Iklan
Iklan