Iklan

PKP di Kuantan, beberapa kawasan di P Pinang, Perak bermula Isnin

Aminah Farid3 years ago8th May 2021Berita
49932134966 438fbe90ae c
Selain Kuantan, PKP di Pulau Pinang adalah Timur Laut, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan. Dua mukim di daerah Hulu Perak iaitu Pengkalan Hulu dan Belukar Semang turut dikenakan PKP– Gambar fail The Malaysian Insight, 8 Mei, 2021.
Iklan

BEBERAPA daerah di Pulau Pinang, Pahang dan mukim di Perak akan dikenakan perintah kawalan pergerakan (PKP) selama dua minggu bermula 10 Mei, berikutan peningkatan kes Covid-19, kata Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob.

Daerah yang akan dikenakan PKP di Pulau Pinang adalah Timur Laut, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.

“PKP akan dikenakan di Mukim 12, Barat Daya, Bandar Butterworth, Seberang Perai Utara dan Mukim 14, Seberang Perai Utara,” kata Ismail.

Katanya, daerah Kuantan di Pahang juga akan dikenakan PKP.

Tambah Ismail, dua mukim di daerah Hulu Perak iaitu Pengkalan Hulu dan Belukar Semang turut dikenakan PKP setelah lonjakan teruk dalam kes Covid-19 di daerah itu

Ismail berkata MCO akan berakhir pada 23 Mei sekiranya kes-kes tersebut diturunkan.

Katanya, negeri dan daerah terlibat dikenakan prosedur operasi standard (SOP) biasa seperti mana kawasan lain di bawah PKP.

Ismail juga mengumumkan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) di beberapa kawasan di Pahang.

Bermula Isnin, di Rompin, Kg Meripoh dan Kota Bahagia akan dikenakan PKPD selama dua minggu.

“KKM telah mengesan 11 kes positif dari 221 yang disaring di daerah ini, kita masih tunggu keputusan 188 sampel lagi,” katanya.

Di Genting Highlands, beberapa pangsapuri, kondominium dan resort juga akan dikenakan PKPD, juga berikutan peningkatan kes.

Tempat-tempat yang terjejas adalah pangsapuri Meranti, Midhill, Mawar dan pangsapuri Ramin, serta Windmills Condo, Vista Residence dan Genting View Resort.

Hari ini, Malaysia merekodkan lebih 4,000 kes Covid-19,  hari kedua berturut-turut dengan 4,519 kes dilaporkan setakat tengah hari ini. – 8 Mei, 2021.

Iklan
Iklan