Iklan

3,973 kes baharu Covid-19, 22 kematian 

Aminah Farid3 years ago11th May 2021Berita
Raya7
Selangor merekodkan kes tertinggi Covid-19 untuk 19 hari berturut-turut.– Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 11 Mei, 2021.
Iklan

MALAYSIA melaporkan 3,973 kes baharu Covid-19 hari ini, menjadikan jumlah kumulatif di negara ini 448,457, kata Dr Noor Hisham Abdullah. 

Ketua pengarah kesihatan berkata 22 kematian turut dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu. 

Menurutnya Selangor sekali lagi menyumbang kes tertinggi kes jangkitan baharu iaitu 1,328 kes. 

Ini merupakan hari ke-19 berturut-turut negeri itu merekodkan kes tertinggi Covid-19.

Noor Hisham berkata Sarawak berada di kedudukan kedua dengan 512 kes, diikuti Kuala Lumpur dengan 483 jangkitan.

Tambahnya 2,848 kes pulih turut direkodkan hati ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih di negara ini 408,236.

Beliau juga berkata jumlah kemasukan ke unit rawatan rapi (ICU) meningkat daripada 434 semalam kepada 453 kes hari ini, manakala mereka yang memerlukan alat bantuan pernafasan turut meningkat kepada 244. 

Menuas lanjut mengenai kes kematian, Noor Hisham berkata daripada 22 mangsa, 14 adalah lelaki manakala lapan wanita, kesemuanya mempunyai sejarah penyakit kronik kecuali seorang. 

Lapan kematian dilaporkan di Lembah Klang, empat di Kelantan, masing-masing dua di Perak dan Johor dan satu masing-masing di Sarawak, Sabah, dan Pahang.– 11 Mei, 2021.

Iklan
Iklan