Iklan

KKM kesan 13 lagi kluster Covid-19

Aminah Farid3 years ago11th May 2021Berita
Raya14 (1)
Sehingga kini sebanyak 1,820 kluster telah dikesan di seluruh negara, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 11 Mei, 2021.
Iklan

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) mengesan 13 kluster baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam yang lalu, menjadikan jumlah keseluruhan kluster di seluruh negara kini 1,820 kluster, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata empat kluster membabitkan aktiviti keagamaan, diikuti tempat kerja (3), penularan komuniti (2), sektor pendidikan (3) dan kumpulan berisiko tinggi (1).

Berikut senarai kluster baharu yang dikesan:

Kluster tempat kerja

1. Jalan Utarid Lima di Petaling, Selangor dengan 64 kes

2. Jalan Sepuluh Industri Miel di Hulu Langat, Petaling dan Gombak di Selangor (12)

3. Jalan Serkam di Jasin dan Melaka Tengah di Melaka serta Tangkak di Johor (20)

Keagamaan

4. Jalan Haji Abdul Aziz di Klang, Selangor (7)

5. Pauh Lima di Bachok dan Kota Baru, Kelantan (30)

6. Jalan Dato Setia di Johor Baru, Johor (17)

7. Dah Penghulu di Kuala Muda, Kedah (27)

Komuniti

8. Bako Hilir di Kuching, Sarawak (18)

9. Banggol Gajah Mat di Pasir Mas, Kelantan (28)

Kumpulan berisiko tinggi

10. Dah Amanjaya 2 di Kuala Muda, Sik, Yan dan Kota Setar di Kedah (28)

Pendidikan tinggi

11. Kota Warisan di Sepang, Selangor (14)

12. Jalan Lingkaran Ilmu di Kulai, Johor (13)

13. Jalan Mempelam di Kuala Langat, Selangor (31)

Dr Noor Hisham berkata sebanyak 1,366 kluster diisytihar tamat hari ini. – 11 Mei, 2021. 

Iklan
Iklan