Iklan

Kampung di Melaka, Sabah dikenakan PKPD

Elill Easwaran3 years ago14th May 2021Berita
Pray3
PKPD itu dikenakan kerana peningkatan mendadak kes Covid-19 di dua kampung itu dalam dua minggu ini, kata Ismail Sabri. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 14 Mei, 2021.
Iklan

KERAJAAN bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan DIpertingkatkan (PKPD) di Kampung Lubok Redan, Alor Gajah, Melaka dan di Lorong 2 Kampung Kongsi 8, Tawau, Sabah, kata Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob hari ini.

“Untuk kedua-dua tempat itu, PKPD akan bermula pada 16 Mei hingga 29 Mei,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, langkah itu dibuat kerana peningkatan mendadak kes Covid-19 di dua kampung itu dalam dua minggu ini.

Sebanyak 56 kes positif dicatatkan di Lubok Redan, jelasnya.

Manakala bagi Lorong 2 Kampung Kongsi 8, Kementerian Kesihatan melaporkan sebanyak 15 kes positif Covid-19 daripada 56 ujian dengan kadar positif 26.79%.

Ismail turut berkata PKPD sekolah menengah Madai di Kunak, Sabah yang dijadualkan berakhir pada 14 Mei akan dilanjutkan sehingga 28 Mei.

“Hingga kini, KKM telah melaksanakan 895 ujian saringan dan dari jumlah tersebut sebanyak 42 kes positif Covid-19 telah dilaporkan,” kata Ismail

Ismail juga berkata, 292 orang ditangkap kerana melanggar PKP semalam dan dari jumlah ini, 278 orang dikenakan kompaun dan 14 lagi direman. – 14 Mei, 2021.

Iklan
Iklan