Malaysia catat 4,140 kes Covid-19, Selangor kekal tertinggi
Iklan
MALAYSIA melaporkan 4,140 kes jangkitan baharru Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu, dengan Selangor sekali lagi mencatatkan kes harian tertinggi.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara ini kepada 466,330.
Selangor mendahului dengan 1,507 kes, diikuti Johor dan Kuala Lumpur masing-masing 433 dan 398 kes.
Hanya sembilan kes melibatkan kes import manakala selebihnya merupakan penularan tempatan.
Bagi kes aktif, sebanyak 42,135 direkodkan berbanding 41,471 semalam.
Katanya seramai 3,432 pesakit sembuh dalam tempoh yang sama, menjadikan keseluruhan kes pulih sebanyak 422,329. – 15 Mei, 2021.